Sepuluh purnama sudah berlalu sepanjang pelayaran kami di alam maya ini.

Entri ini bukan sebagai kenang-kenangan,namun mengimbas aktiviti CIA sepanjang Oktober 2010.

4/10:Passing The Baton
Memperkenalkan muka-muka baru kepimpinan C.I.A...

Juniors 2010-2012 (Kredit:Sumaiyah)
Dalam majlis yang serba ringkas, Presiden C.I.A 2010 telah menyampaikan amanat terakhirnya kepada barisan kepimpinan baharu yang bakal mengemudi bahtera bernama C.I.A di arus lautan Cempaka.Suka dan duka dirakam di bawah kepimpinan sebelumnya diungkapkan semula sebagai satu bentuk motivasi bahawa kecilnya kuantiti bukanlah satu halangan besar,bahkan kerjasama dan semangat anggotalah yang menghidupkan C.I.A menghadapi beberapa cubaan menekan C.I.A yang bisa melunturkan keyakinan ahlinya.






Moga kalian memanfaatkan pengalaman dan kemahiran yang kalian timba di bangku sekolah dan 'matang' dalam persekitaran Cempaka International Islamic School ini.

23/10:FCR Setapak Ke Hadapan

Atas makluman dan jasa baik Tuan Mas Yuri orang kuat Friendly Comparative Religion,C.I.A menghantar peserta ke bengkel FCR Add On:Presenting Islam kendalian beliau di IMU Bukit Jalil.

Jika FCR Phase 1 memperkenalkan peserta kepada peri penting berdakwah kepada Non-Muslim dan asas- asas perbandingan antara agama,FCR Add On ini memberikan input dan teknik kepada peserta mengenai kaedah terbaik untuk tujuan memperkenalkan Islam kepada Non-Muslim,antara yang kami brainstorm...
  • Begin with purpose of life
  • Start with similarity between us
  • Explain about the concept of God
  • Define Islam and Muslim
  • Correct misconception/Adjust perception
Antara pengisian penting yang disampaikan oleh Tuan Mas Yuri ialah
  1. Comparative Cosmology (related to similarity between us)
  2. Purpose of Life
  3. Mesenggers of Allah & His Final Messenger
  4. Authencity of Al-Quran & Hadis
  5. Who is Allah?
  6. What is Islam?
  7. Love in Islam
Sekali lagi Institut Usrah MMU akan menganjurkan FCR Phase 1 sekitar November untuk makluman anda.

Beberapa Catatan
Memandangkan keadaan Ustazah yang sedang berbadan dua,beberapa pengisian diadakan semasa kelas...
  • Forum:Pendidikan Seks Vs. Pendidikan Agama
  • Acara Bedah Buku
  • Tayangan Video-Shift Your Paradigm
  •  Pembentangan:Ideologi-Ideologi Barat

Terima Kasih Daun Keladi

Sebagai budak kecil di arena blog dan maya,kami mengucapkan Jazakumullahu Khairal Jaza' kepada beberapa blogger yang memberi sokongan baik komen mahupun link kepada blog kerdil ini(Data Statistik Blogger.Com Mei-Oktober 2010)
Etomyam
Zikri
Khairil Faizal
Inertz.com
Apiih
Khai
Denai Hati
Tinta Taghyir
Ustaz Hasrizal
Izzat Ismail

Sekian Wasalam...
Kad Bisnes:Usaha promosi di RAG Day 2 (30/10) -'Ismat Design