Pada pagi 6 Februari 2010 bersamaan hari Sabtu, Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara, telah  menjayakan sesi pengajian kitab "40 Hadith Penawar Hati" bersama Ustaz Al-Fadhil Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Maliki An-Nadwi, atau Ustaz Fahmi.

Alhamdulillah, 13 orang ahli C.I.A turut serta dalam program ini.Masing-masing berkorban masa dan tenaga untuk meneguk titisan ilmu daripada ulama' pewaris Nabi seperti Al-Fadhil Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam.
Berbekal kitab 40 Hadis Penawar Hati karangan beliau,kami sempat membedah daripada hadis pertama hingga ke hadis keenam yang berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Setinggi-tinggi syukur kerana kami jua berpeluang mempelajari doa menjaga kebersihan hati,yang bersambung sanad daripada guru kepada Al-Fadhil Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam

Ala kulli hal,jazakallahu khairal jaza' buat akhi Ikhwan Zhaki yang memperkenalkan kami dengan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam.Moga bermanfaat buat semua.

Nota Kaki:Susah bangun awal pagi?Sebelum tidur amalkan membaca 4 ayat terakhir surah Al-Kahfi...