Arabic 101:Tourism/السياحة
Catatan C.I.A
Where’s the tourist information please?
هل لديك خارطة المدينة؟
Do you have a city map?
ما هي المواقع المهمة؟
What are the main places of interest?
هل يمكن ان تشير اليها على الخارطة من فضلك؟
Could you point them out on the map?
بماذا تنصح؟
What do you recommend?
انصح المتخف.
I recommend for you the museum.
اين المتحف؟
Where is the museum?
سنبقى هنا لمدة اسبوع.
We’ll be here for a week.
What trips can we take around the area?
هل هناك اية رحلات؟
Are there any excursions?
الى اين يذهبون؟
Where do they go?
يذهبون الى الساحل.
They go to the beach.
هل هناك اية رحلات بحرية؟
Are there any boat trips?
هل هناك اية رحلات يقودها دليل؟
Are there any guided tours?
نريد ان نتمشى في المنطقة.
We want to have a walk around.
شكرا.
Thanks.
BeReS:Apa Bab Satu Dakwah Kita?
Catatan C.I.A
Apa istimewanya menyambut Israk Mikraj di Masjid Al-Ghufran pinggir TTDI?
Signifikan kali ini kerana ia mengenai paradigma,dakwah dan sirah bersama fasilitator bersemangat waja dan rakan perjuangan 1fikrah dalam Bengkel Remaja Super(BeReS) anjuran INTELEK-IluvIslam.com
Al-Maududi memberi analogi yang menarik mengenai paradigma dalam kitabnya Islam & Jahiliah…
Ada yang memandang api sebagai sumber tenaga alam,lantas menyembahnya
Ada yang melihat api seperti menggamitnya,menyentuh api yang panas dan cedera terbakar
Ada yang melihat api sebagai sesuatu yang bermanfaat,lantas syukur ke hadrat Pencipta api dan sekalian alam Allah S.W.T
What you think you get back.Kesan daripada paradigma atau cara fikir kita mengenai api,boleh menjadi kan seorang itu syirik,atau sebaliknya bertambah keimanan!Bukan mudah Al-Maududi dapat mengungkap analogi sebegini menarik,hanya terhasil daripada penelitian dan diskusi dengan pelbagai golongan.Ini menunjukkan peri penting untuk kita meluaskan paradigma dengan perkongsian dan perbincangan agar tidak jumud dan syok sendiri dalam tempurung paradigma diri.
Dalam 1001 rencam paradigma yang wujud,apakah paradigma yang patut kita pilih sebagai pegangan?
Imam Muda:Tazkirah Gunung Stong
Catatan C.I.A
Outdoors are not just outdoors-Uncle Adam
Berbekal pesanan itu,17 pelajar Cempaka menghabiskan baki 1 kilometer perjalanan yang curam lagi berliku dan berjaya menawan puncak gunung Stong.
Bekalan Sepanjang Perjalanan
1)Hati(قلب)-Serapuh Batu Kapur
'Cuba tengok apa yang Uncle buat,'ujarnya sebagai nature guide kami.Lantas tangannya mengalihkan 1 kepingan batu kapur yang tersusun indah membentuk Gua Gelap dengan mudah.'Walaupun batu kapur ini yang membentuk gua dan bukit besar ini,tetapi strukturnya rapuh.Oleh itu,hati-hati sewaktu aktiviti di gua batu kapur takut menjejaskan strukturnya,'tambah Uncle lagi.
Subhanallah!
Agam dan utuh gua dan bukit batu kapur yang terbina dari calcium carbonate bisa runtuh kerana sekeping batu kapur nan nipis tercabut dari susunannya.Bayangkan lapis-lapis iman yang meliputi hati kita selama ini, dicabut satu persatu gara-gara dosa kita sehari-hari.Alangkah rapuhnya hati bak batu kapur,hingga kita diajar sunnah agar sentiasa memanjatkan doa agar hati ini tetap dengan iman…Wahai Zat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agamamu
2)Formation Gua-Sulitnya Memupuk Iman
'Tengok straw formation ini.Kebiasaannya,ianya bertambah saiz seinci untuk tempoh 2 tahun dengan keadaan yang sesuai,'terang Uncle bersemangat disambut anggukan dan bunyi 'ooo…' panjang dari mulut kami yang terasa jahil berhadapan Uncle yang amat mahir selok-belok kawasan gunung dan hutan di Dabong. 'Uncle harap,generasi muda seperti kamu sedar dan memulihara alam sekitar tambahan selepas mengikuti aktiviti seperti ini,'harapnya yang membuat saya terfikir panjang.Berapa ramai yang peduli dengan alam sekitar yang sakit dek tangan-tangan manusia durjana seiring tua usianya,berapa ramai pula yang berusaha memulihara iman setipis kulit bawang di hati kita?
Subscribe to:
Posts (Atom)