BeReS:Apa Bab Satu Dakwah Kita?
Catatan C.I.A
Apa istimewanya menyambut Israk Mikraj di Masjid Al-Ghufran pinggir TTDI?
Signifikan kali ini kerana ia mengenai paradigma,dakwah dan sirah bersama fasilitator bersemangat waja dan rakan perjuangan 1fikrah dalam Bengkel Remaja Super(BeReS) anjuran INTELEK-IluvIslam.com
Al-Maududi memberi analogi yang menarik mengenai paradigma dalam kitabnya Islam & Jahiliah…
Ada yang memandang api sebagai sumber tenaga alam,lantas menyembahnya
Ada yang melihat api seperti menggamitnya,menyentuh api yang panas dan cedera terbakar
Ada yang melihat api sebagai sesuatu yang bermanfaat,lantas syukur ke hadrat Pencipta api dan sekalian alam Allah S.W.T
What you think you get back.Kesan daripada paradigma atau cara fikir kita mengenai api,boleh menjadi kan seorang itu syirik,atau sebaliknya bertambah keimanan!Bukan mudah Al-Maududi dapat mengungkap analogi sebegini menarik,hanya terhasil daripada penelitian dan diskusi dengan pelbagai golongan.Ini menunjukkan peri penting untuk kita meluaskan paradigma dengan perkongsian dan perbincangan agar tidak jumud dan syok sendiri dalam tempurung paradigma diri.
Dalam 1001 rencam paradigma yang wujud,apakah paradigma yang patut kita pilih sebagai pegangan?
Choosing & Sharing Islam
Sesuai dengan fitrah insan yang cenderung kepada kebaikan,maka cara fikir/paradigma yang harus menjadi landasan kita ialah ISLAM.Dalam menentukan paradigma pegangan,ia perlu berbalik kepada persoalan tujuan hidup kita sebagai manusia,diperingatkan Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 56
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku
Islam bukanlah agama untuk kaum tertentu seperti Yahudi dan Nasrani,bahkan sifatnya sebagai rahmatan lil alamin menuntut empunya paradigma Islam untuk berkongsi mengenainya dengan yang lain, acap kali disebut namun diabaikan,iaitu dakwah.
Seberat memberi sedekah RM10,begitu juga dengan dakwah yang sering dieksklusifkan untuk para imam,ustaz,ustazah.Betapa 'kedekut'nya manusia untuk berkongsi walaupun hanya maklumat!Lantas Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 104
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung
Jika ayat cinta Allah ini disoroti melalui teori Barat,kita akan bertemu dengan teori Herzberg yang menyatakan faktor hygiene dan motivation akan menyumbang kepada kepuasan hidup.Inilah yang menunjukkan bahawa dakwah ialah pra-syarat hidup berkat,baik sebagai individu mahupun umat Islam.
Sirah:The Rise & Fall,What's Next?
Islam pasca kewafatan Rasulullah bersandar kecemerlangan peribadi para sahabat yang mendapat tarbiah langsung daripada Rasulullah,disambung ke zaman seterusnya menerusi ulama' pewaris Nabi
Berprinsip seperti Saidina Abu Bakar dan Umar Bin Abdul Aziz
Berani dan berjiwa besar seperti Saidina Umar Al-Khattab,Salahuddin Al-Ayubi dan Al-Fateh.
Dermawan seperti Saidina Uthman Bin Affan dan Saidina Abdul Rahman Bin Auf.
Ilmuwan seperti Saidina Ali dan ribuan ulama' salafus soleh.
Walaupun dilanda gelora fitnah akibat pembunuhan Saidina Uthman hingga terbentuknya kerajaan Umaiyah,hampir hilang khazanah keilmuan Islam gara-gara Abbasiah dilanyak tentera Monggol,umat masih tidak resah kerana masih punya pemimpin a.k.a khalifah.Namun memegang tampuk kepimpinan umat Muhammad ini tidak sunyi dari dugaan dan cabaran,antaranya musuh dalam selimut dan perpecahan berlaku apabila sentimen bangsa diapi-apikan.
Walaupun hilangnya Khilafah Islamiah pada tahun 1924,namun semangat untuk menghidupkan semula Khilafah Islamiah tetap hidup subur dibaja oleh gerakan-gerakan Islam di merata negara-negara Islam.Di manakah kita sebagai belia pemimpin masa depan dalam mengembalikan Khilafah Islamiah?
Sekalung Ukhuwah,Sejambak Muhasabah
Bukan sahaja ukhuwah bersama rakan-rakan dari INTEC,UPM,UIA,UTP,UITM dan bersama abang-abang fasilitator yang melukis memori,bahkan pengisian BeReS lebih super berbanding jangkaan saya. Jazakumullahu khairal jaza' untuk akhi Zarif,akhi Mohd. Syah,akhi Azmer,akhi Anas,ukhti Afniza tak lupa juga ukhti Wan yang tak jemu bercoleteh mengacara dan memeriahkan majlis(tak lupa kepada semua AJK antaranya akhi Wan Hafizuddin,akhi Azhim dan akhi Ridwan).
Sesungguhnya apa yang tercatat di sini hanyalah ringkasan dari sebuah bengkel yang padat untuk perkongsian bersama pembaca sekalian,pencetus semangat inkuiri untuk memajukan diri dan ummah ini
BeReS bukan sekadar subjek sejarah di kelas.Ia mengajar belia mengenai sirah first class!
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Sejarah/Sirah,
Tazkirah wa Dakwah
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)