Imam Muda:Tazkirah Gunung Stong


Outdoors are not just outdoors-Uncle Adam

Berbekal pesanan itu,17 pelajar Cempaka menghabiskan baki 1 kilometer perjalanan yang curam lagi berliku dan berjaya menawan puncak gunung Stong.






Bekalan Sepanjang Perjalanan


1)Hati(قلب)-Serapuh Batu Kapur
'Cuba tengok apa yang Uncle buat,'ujarnya sebagai nature guide kami.Lantas tangannya mengalihkan 1 kepingan batu kapur yang tersusun indah membentuk Gua Gelap dengan mudah.

'Walaupun batu kapur ini yang membentuk gua dan bukit besar ini,tetapi strukturnya rapuh.Oleh itu,hati-hati sewaktu aktiviti di gua batu kapur takut menjejaskan strukturnya,'tambah Uncle lagi.

Subhanallah!
Agam dan utuh gua dan bukit batu kapur yang terbina dari calcium carbonate bisa runtuh kerana sekeping batu kapur nan nipis tercabut dari susunannya.Bayangkan lapis-lapis iman yang meliputi hati kita selama ini, dicabut satu persatu gara-gara dosa kita sehari-hari.Alangkah rapuhnya hati bak batu kapur,hingga kita diajar sunnah agar sentiasa memanjatkan doa agar hati ini tetap dengan iman…
Wahai Zat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agamamu

2)Formation Gua-Sulitnya Memupuk Iman
'Tengok straw formation ini.Kebiasaannya,ianya bertambah saiz seinci untuk tempoh 2 tahun dengan keadaan yang sesuai,'terang Uncle bersemangat disambut anggukan dan bunyi 'ooo…' panjang dari mulut kami yang terasa jahil berhadapan Uncle yang amat mahir selok-belok kawasan gunung dan hutan di Dabong.

'Uncle harap,generasi muda seperti kamu sedar dan memulihara alam sekitar tambahan selepas mengikuti aktiviti seperti ini,'harapnya yang membuat saya terfikir panjang.Berapa ramai yang peduli dengan alam sekitar yang sakit dek tangan-tangan manusia durjana seiring tua usianya,berapa ramai pula yang berusaha memulihara iman setipis kulit bawang di hati kita?

Al-Quran dan Kita...






Alhamdulillah bertemu kembali kita pada hari ini.. Mungkin agak terlewat coretan ana buat kali ini, ana susuli dengan himpunan pohonan ampunan dan maaf kepada antum antunna sekalian..

Alhamdulillah pada hari ini, ana masih berkesempatan untuk berkongsi sedikit info yang diharapkan bermanfaat untuk diri ana serta sahabat-sahabat sekalian. Perihal yang sepatutnya sangat dekat dengan diri setiap individu muslim terutama bagi mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang da'ie.

Pada hari ini, inshaALLAH ana akan cuba mengupas perihal al-Quran dan kaitannya dengan ilmu sains dan teknologi yang ada pada waktu sekarang. Al-Quran telah diturunkan oleh ALLAH sejak 14 abad yang lalu kepada seluruh umat manusia sebagai kitab panduan; penyuluh jalan kebenaran yang membawa manusia mendampingi ALLAH yang Maha Esa sekaligus memansuhkan segala jalan-jalan kegelapan yang membawa manusia jauh dari jalan yang diredhai Nya.

Sesungguhnya sudah menjadi lumrah bagi setiap manusia, sejak awal-awal penciptaannya di muka bumi ini, mereka tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memahami kejadian alam ini dari aspek Pencipta nya serta matlamat penghidupan manusia itu sendiri. Al-Quran telah menjadi pegangan bagi setiap muslim serta teras utama kepada agama Islam itu sendiri. Bagi setiap individu muslim yang beriman kepada kitab ALLAH, ia akan sentiasa meyakini bahawa setiap isi kandungan al-Quran akan sentiasa relevan untuk setiap zaman, keadaan, dan golongan manusia.


Gerhana Itu Sunnatullah


Subhanallah!

Tak sampai sebulan,gerhana berlaku lagi.Jika malam Jumaat 1 Januari menjadi saksi gerhana bulan separa,petang Jumaat 15 Januari pula gerhana matahari separa bertandang ke langit Malaysia.Memetik kata-kata bakal ahli astronomi kita,Saudara Mahathir gerhana ialah sunnatullah yang berlaku setiap 6 bulan sekali.Anda boleh saksikan lebih banyak foto fasa-fasa gerhana di portal Falak Online.



Fenomena gerhana merupakan salah satu tanda kebesaran Allah mengatasi peristiwa sejadah berdiri!Di balik tuntutan supaya kita mengkaji fenomena alam sebegini secara serius dan saintifik,Islam memurnikannya  dengan pertalian aqidah bahawa kejadian sebegini merupakan tanda kewujudan Allah selaku Pencipta dan Pemelihara  alam.Pelengkapnya,ianya harus disambut dengan ibadah seperti bertasbih mengingati Allah dan bersolat sunat.Semalam,sempatkah anda menunaikan solat sunat gerhana?

'Gerhana' Masyarakat Siapa Yang Sedar?
Alam Nusantara pernah menyaksikan kebangkitan Kesultanan/Kerajaan Islam bermula di Perlak membawa ke Melayu-Melaka,Acheh,hinggalah yang terakhir Johor-Riau.Sejarawan pernah mengungkap barang siapa yang memerintah Melaka bisa mencekik pelabuhan Venice di Itali!



Umat Islamlah kunci ekonomi,nadi keilmuan,bangsa bertamadun di Nusantara ketika itu.Maka berlangsunglah sunnatullah ke atas kita,5 abad dicengkam pelbagai ragam penjajah dengan propaganda yang melemahkan masyarakat Melayu-Islam khususnya.50 tahun merdeka kita yang merasa kesannya.

Kerana seorang Natrah,Melayu-Islam bangkit menentang British.Kini murtad di sana-sini hingga tak siapa peduli.

Dahulu perkara 18SX hak milik orang dewasa yang sudah berumah tangga,kini budak kecil pun mencarut 18SX!

Gagalkah Dasar Pendidikan Negara yang diguna pakai 50 tahun merdeka ini?Salahkah DEB kalau inilah generasi pelapis yang dihasilkannya?

Gerhana bulan dan mentari bisa berakhir,bilakah berakhirnya gerhana umat kita?