Subhanallah!

Tak sampai sebulan,gerhana berlaku lagi.Jika malam Jumaat 1 Januari menjadi saksi gerhana bulan separa,petang Jumaat 15 Januari pula gerhana matahari separa bertandang ke langit Malaysia.Memetik kata-kata bakal ahli astronomi kita,Saudara Mahathir gerhana ialah sunnatullah yang berlaku setiap 6 bulan sekali.Anda boleh saksikan lebih banyak foto fasa-fasa gerhana di portal Falak Online.



Fenomena gerhana merupakan salah satu tanda kebesaran Allah mengatasi peristiwa sejadah berdiri!Di balik tuntutan supaya kita mengkaji fenomena alam sebegini secara serius dan saintifik,Islam memurnikannya  dengan pertalian aqidah bahawa kejadian sebegini merupakan tanda kewujudan Allah selaku Pencipta dan Pemelihara  alam.Pelengkapnya,ianya harus disambut dengan ibadah seperti bertasbih mengingati Allah dan bersolat sunat.Semalam,sempatkah anda menunaikan solat sunat gerhana?

'Gerhana' Masyarakat Siapa Yang Sedar?
Alam Nusantara pernah menyaksikan kebangkitan Kesultanan/Kerajaan Islam bermula di Perlak membawa ke Melayu-Melaka,Acheh,hinggalah yang terakhir Johor-Riau.Sejarawan pernah mengungkap barang siapa yang memerintah Melaka bisa mencekik pelabuhan Venice di Itali!



Umat Islamlah kunci ekonomi,nadi keilmuan,bangsa bertamadun di Nusantara ketika itu.Maka berlangsunglah sunnatullah ke atas kita,5 abad dicengkam pelbagai ragam penjajah dengan propaganda yang melemahkan masyarakat Melayu-Islam khususnya.50 tahun merdeka kita yang merasa kesannya.

Kerana seorang Natrah,Melayu-Islam bangkit menentang British.Kini murtad di sana-sini hingga tak siapa peduli.

Dahulu perkara 18SX hak milik orang dewasa yang sudah berumah tangga,kini budak kecil pun mencarut 18SX!

Gagalkah Dasar Pendidikan Negara yang diguna pakai 50 tahun merdeka ini?Salahkah DEB kalau inilah generasi pelapis yang dihasilkannya?

Gerhana bulan dan mentari bisa berakhir,bilakah berakhirnya gerhana umat kita?