1:Surat Hasan Al-Banna Kepada Pelajar Muslim Di Barat
Catatan C.I.A
Selamat tinggal September,selamat tinggal Malaysia!
Barangkali itulah ucapan sebahagian besar ahli CIA sesi 2008-2010 yang telah pun menjejakkan kaki di bumi UK berkelana menuntut ilmu.Di samping doa yang kami hulurkan,sedikit 'ole-ole' buat kalian... mutiara hikmah As-Syahid Hasan Al-Banna kepada pelajarnya yang juga menuntut di Barat dari buku biografinya terbitan DBP,2010
Saudara seIslamku,tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T.Segala selawat serta salam kepada Rasulullah S.A.W yang diturunkan oleh-Nya sebagai rahmat bagi seluruh alam,kepada sahabat-sahabat baginda,keluarga baginda dan kepada semua yang berpegang teguh pada syariat-Nya sehingga hari kiamat.
Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu dan merahmatimu sepanjang perjalananmu di rantau orang apabila kamu belajar kerana niat ikhlasmu itu dan semoga kamu kembali dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan umat.
Saudaraku,kamu akan bergaul dengan mereka yang kamu tidak kenal sebelum ini tentang sikap mereka.Dirimu itu boleh menjadi contoh gambaran seorang Muslim kepada mereka.Jadi,pastikan bahawa kamu boleh membawa imej yang terbaik bagi menggambarkan Islam sebagai satu jalan bagi mereka untuk memahami dunia Islam.
Bersama kamu ialah satu amanah yang berharga.Ia ialah isterimu,hargai ia.Dia boleh menjadi temanmu yang amanah.Sediakanlah kepadanya kehidupan yang bahagia dan selesa.Berkongsilah segala kebahagiaan dengannya,jangan cuaikan tanggungjawab kamu kepadanya dan sempurnakanlah hidupnya dengan menjalankan segala tanggungjawabmu itu.Bacalah bingkisan kata-kataku ini sebagai tanda kasih sayangku kepadamu,tanda kasih sebagai seorang abang yang mengharapkan kebahagian hidup kepada adik-adiknya.
1)Saudaraku,sempurnakanlah segala urusanmu dengan Allah sebaik-baiknya.Fahamilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu dan mengawasimu walaupun di mana sahaja kamu berada.Dia sesungguhnya tahu apa yang kau lihat dengan matamu dan apa yang terlintas di dalam hatimu iu.Berusahalah supaya Allah 'tidak melihatmu' kecuali hanya apabila Dia gembira melihatmu.
Jangan sekali-kali kau lupakan Tuhan yang sentiasa memerhatikanmu,jika kamu melakukan sedemikian nescaya syaitan akanmudah mempengaruhimu dengan bisikan-bisikannya itu.Percayalah saudaraku,apabila hati ini sentiasa menyedari diri di bawahpemerhatian Allah,maka hati ini tidak akan dipengaruhi oleh syaitan.
Walau bagaimanapun,sekali ia telah melupakan tentang pengawasan Allah,syaitan akan dengan begitu mudah mendekatimudengan segala macam godaan.Oleh itu,kukuhkanlah hatimu dengan selalu mengingatkan dirimu bahawa Allah sentiasa memerhatikanmu dan kukuhkanlah jati dirimu itu walaupun kau berada dalam kalangan mereka yang lalai dan leka.
2)Laksanakanlah segala suruhan Allah yang diwajibkan kepadamu.Jangan sesekali mengabaikan perintah-Nya atau kamu melengah-lengahkannya semata-mata dengan alasan kamu sibuk atau dengan apa pun alasan.Ini semua hanyalah penipuan kepada dirimu sendiri.
Fahamilah juga wahai saudaraku yang dikasihi bahawa tiada siapa yang lebih dekat dengan Allah dan dicintai oleh-Nya melainkan mereka yang patuh kepada kewajipan yang diarahkan -Nya sebagaimana yang tersebut dalam hadis al-Bukhari.Oleh itu,insafilah dirimu supaya tidak mengabaikan semua kewajipanmu itu dan janganlah malas untuk menunaikannya,di situ hak Allah terhadapmu. Teguhkanlah solatmu dan sempurnakanlah puasamu.
Berpuasa dengan susah payah di negara Barat adalah satu aset yang berguna kepada akaun dirimu,ia sebenarnya satu pekara yang disukai oeh Tuhanmu dan wajar pada dirimu.Jadi,janganlah cuba memecahkan puasamu walaupun kamu tidak dapat menyempurnakannya.Aku tidak berniat menasihatimu panjang lebar kerana itu semua adalah kewajipanmu yang akan menjadi modalmu untuk menghadapi akhirat.Cubalah kamu bayangkan jika seseorang modalnya pada perkara yang sia-sia apakah yang akan terjadi kepada pelabur-pelabur?Begitulah analoginya.
Tsa'labah:Remaja Merdeka
Catatan C.I.A
"Merdeka Itu Apa?"luah seorang ukhti si perantau ilmu di bumi penjajah.
Merdeka bukan sahaja ditandai dengan cuti peristiwa,beriring sambutan bombastik saban tahun tajaan jutaan wang rakyat.Semangat patriotik yang kita raikan selama ini hanyalah kosmetik pada slogan dan plastik penuh hiburan yang tidak sedikitpun mencerminkan 1Malaysia Menjana Transformasi.
Apakah setelah 53 tahun merdeka dengan status negara Islam,dapat kita berbangga dengan statistik 17303 anak luar nikah pada tahun 2009 dan ianya akan terus meningkat pada masa depan?
Tsa'labah & Kita
Jarang sekali kita mendengar nama sahabat Nabi S.A.W seorang ini,Tsa'labah ibn Abdurrahman. Kisahnya bukan bertujuan untuk mengidolakan dirinya, cukuplah untuk kita mengambil iktibar mengukur KPI agar kita berupaya menjana tranformasi hasanah untuk agama,keluarga,bangsa dan pertiwi.
Pada suatu hari seperti biasa Rasulullah memintanya untuk mendapatkan sesuatu. Lalu pergilah Tsa'labah untuk mendapatkan permintaan Rasulullah tersebut. Dalam perjalanannya Tsa'labah melintasi sebuah rumah. Pintu serta tingkap rumah tersebut hanya ditutupi oleh tirai yang diperbuat daripada guni. Tiba-tiba angin bertiup kencang dan tirai yang menutupi jendela rumah itupun tersingkap.
Saat itu pandangan Tsa'labah sedang dihalakan ke arah rumah tersebut. Lalu dengan tidak sengaja terlihatlah Tsa'labah akan wanita yang sedang mandi...
Pantaskah Tsa'labah mengucapkan Alhamdulillah atas nikmat tak sengaja ini?
Allah...Selamat(kah) Tahun Baru!
Catatan C.I.A
1 Muharam 1431H menyaksikan dilema bola sepak vs. doa tahun baru(kalaupun sedar/tahu tahun hijrah...).
Ambang tahun 2010 masih terisi dengan pesta muda-mudi,terlupa muram 2005 memperingati tsunami.
Namun semua itu tidak sensasi dibanding dengan NAMA ALLAH,mahu ditumpang tui oleh The Herald Catholic.Arakian bertambahlah peribahasa Melayu yang sedia kaya itu,
Marahkan mahkamah,gereja dibakar!
Aqidah Tak Mengakar,Akhlaq Makin Parah
Puluhan ulama' dan ustaz telah bersuara,tak lupa juga blogger di alam maya.Keadaan bukan semakin baik, bahkan lebih buruk daripada implikasi keputusan mahkamah itu sendiri!
Isu aqidah bermetamorfosis menjadi isu politk.
Isu aqidah menjadi sumbu sentimen perkauman.
Jangan kita lupa,bertahun-tahun sebelum The Herald Catholic menuntut nama Allah,telah mucul kes-kes murtad.Apa yang lebih menyedihkan,akibat tuntutan ini 3 gereja dibakar semalam.Adakah si 'pengebom' ini tahu beza Kristian Katolik dan Protestan?Pasti benarkah dia bahawa gereja yang dibakarnya menyokong tindakan The Herald Catholic itu?
Ingatlah bahawa 1 jari menuding orang lain,4 jari yang lain menuding kembali ke arah kita.Salahkah permohonan The Herald Catholic itu sedangkan pendidikan agama anak-anak muda kita abaikan?Salahkah orang menggelar Muslim sebagai ekstremis tatkala begini reaksi yang kita tunjukkan kepada Non-Muslim?
Kita sudah 'KO' dalam bab mempertahankan aqidah,terus koma pabila berhadapan dengan isu akhlaq.
Pendirian Saya?
Cukuplah jika saya menyuakan beberapa rujukan di sini seperti Ustaz Zaharuddin,Ustaz Hasrizal dan Ustaz Farid Rashidi .Serahkan pada yang pakar...
Di balik isu aqidah yang ribut ini,ada isu yang sama penting untuk kita tangani.Akhlaq dan adab yang sirna...
Krismas & Kita
Catatan C.I.A
Kalau mahu bertanya soal hukum sambut Krismas,ucap Merry Christmas,adalah lebih afdal merujuk kepada pakar seperti Ustaz Zaharuddin,Ustaz Hasrizal,paling mudah tanya JAKIM terus.
Dakwah Musim Krismas
Modal itu ada,tetapi memikirkan tulisan mengenainya lebih banyak menarik kontroversi daripada manfaat, saya tangguhkan hasrat saya bercerita mengenai Krismas sebagai modal dakwah kepada rakan Kristian kita.
Mungkin,sebagai permulaan kita boleh bertanya kepada rakan Kristian kita mengenai Jesus(Nabi Isa a.s) menurut Kristian,selepas itu kita menerangkan pula pandangan Islam mengenai Jesus(Nabi Isa a.s).Cuma saya terjumpa sesuatu yang 'istimewa' di Wikipedia mengenai tarikh 25 Disember...
Do you see what I see?Do you think what I think?
Khabar Seantero Blog Pakar astronomi kita,saudara Mahathir melaporkan fenomena Meteor Shower yang beliau saksikan baru- baru ini.Beliaudi blognya(baca penuh di sini)
Aku pagi-pagi buta 15 hb, 2.00 AM keluar rumah. Kepala pusing sana pusing sini. Ditemani ayah. Sampai 3.00 AM sebab kesian ayah tunggu dan nyamuk banyak. Alhamdulillah dalam lebih kurang 1 jam walaupun dalam pencemaran pencahayaan lampu elektrik, dapat nampak dalam 8 macam tu.
Oh!Berita ini sekadar pengubat kebosanan cuti =)
Subscribe to:
Comments (Atom)





