Tsa'labah:Remaja Merdeka
Catatan C.I.A
"Merdeka Itu Apa?"luah seorang ukhti si perantau ilmu di bumi penjajah.
Merdeka bukan sahaja ditandai dengan cuti peristiwa,beriring sambutan bombastik saban tahun tajaan jutaan wang rakyat.Semangat patriotik yang kita raikan selama ini hanyalah kosmetik pada slogan dan plastik penuh hiburan yang tidak sedikitpun mencerminkan 1Malaysia Menjana Transformasi.
Apakah setelah 53 tahun merdeka dengan status negara Islam,dapat kita berbangga dengan statistik 17303 anak luar nikah pada tahun 2009 dan ianya akan terus meningkat pada masa depan?
Tsa'labah & Kita
Jarang sekali kita mendengar nama sahabat Nabi S.A.W seorang ini,Tsa'labah ibn Abdurrahman. Kisahnya bukan bertujuan untuk mengidolakan dirinya, cukuplah untuk kita mengambil iktibar mengukur KPI agar kita berupaya menjana tranformasi hasanah untuk agama,keluarga,bangsa dan pertiwi.
Pada suatu hari seperti biasa Rasulullah memintanya untuk mendapatkan sesuatu. Lalu pergilah Tsa'labah untuk mendapatkan permintaan Rasulullah tersebut. Dalam perjalanannya Tsa'labah melintasi sebuah rumah. Pintu serta tingkap rumah tersebut hanya ditutupi oleh tirai yang diperbuat daripada guni. Tiba-tiba angin bertiup kencang dan tirai yang menutupi jendela rumah itupun tersingkap.
Saat itu pandangan Tsa'labah sedang dihalakan ke arah rumah tersebut. Lalu dengan tidak sengaja terlihatlah Tsa'labah akan wanita yang sedang mandi...
Tsa'labah segera mengalihkan pandangannya dan menyebut, "A'uzubillah!!" "Aku berlindung kepada Allah!"Tsa'labah dihantui rasa bersalah yang amat sangat kerana telah terlihat aurat seorang wanita yang tidak halal baginya. Di dalam benaknya dia berfikir-fikir tentang dosanya tadi."Ya-Allah, aku takut kalau malaikat Jibril turun memeritahu kepada Rasulullah SAW bahawa aku telah melakukan maksiat! Aku takut kalau nanti akan turunnya ayat Al-Quran yang menyenaraikan aku sebagai salah seorang pemaksiat! Ya-Allah sungguh aku telah melihat aurat seorang wanita yang tidak halal bagiku!"
Tsa'labah terus dengan rintihannya sehingga dia terlupa akan tujuan asalnya untuk mencari keperluan Rasulullah. Dia berlari menyembunyikan diri kerana takut dan malu untuk bertemu dengan Rasulullah. Terus-terusan dia merintih."Ya-Allah, aku tak mahu masuk neraka! Ya Allah, aku tak mahu diazab atas dosa yang aku lakukan. Ya-Allah ampunkanlah aku! "Tsa'labah terus berlari sehingga ke kaki bukit di pinggir kota Madinah. Tsa'labah memanjat bukit itu dan bersembunyi di dalam gua di puncak bukit .
Sementara Rasulullah terus menunggu Tsa'labah sehingga berhari-hari. Kerana tidak ada khabar mengenai Tsa'labah, Rasulullah meminta Umar Al-Khattab untuk mencari di manakah Tsa'labah.Ketika Tsa'labah ditemui, Umar berkata, "Wahai Tsa'labah, marilah bertemu Rasulullah. Baginda mahu bertemu denganmu."Tsa'labah dengan ketakutan berkata, "Mengapa Rasulullah mahu bertemu denganku? Sudahkan turun ayat Al-Quran yang menceritakan tentang kemaksiatanku? Jibril sudah beritahu Rasulullah apa yang aku lakukan? Aku tidak mahu masuk neraka! Aku takut!"Tsa'labah terus berkata-kata dalam ketakutan seperti orang gila. Oleh kerana sudah beberapa hari tidak makan, melainkan beberapa teguk susu kambing yang diberikan oleh pengembala kambing di kaki bukit tersebut, badannya menjadi sangat lemah. Lalu Umar memapah Tsa'labah ke pulang ke rumah.
Mengetahui perihal Tsa'labah lantas Rasulullah S.A.W segera menziarahinya…
Rasulullah lalu meriba kepala Tsa'labah, namun Tsa'labah mengalihkan kepalanya. Rasulullah bertanya,"Wahai Tsa'labah, mengapa engkau mengalihkan kepalamu?"."Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di atas ribamu yang mulia itu."Rasulullah memandang Tsa'labah dengan wajah sayu, dan bertanya,"Wahai Tsa'labah, apakah yang kau mahukan?""Aku mahukan keampunan Allah.." Suaranya semakin lemah."Apakah cita-citamu wahai Tsa'labah?" Rasulullah kembali bertanya."Cita-citaku adalah untuk menginjaki syurga..Tolonglah doakan kepada Allah agar Dia mengampunkan dosaku..""Wahai Tsa'labah, aku menjadi penjamin di atas kemahuanmu dan cita-citamu itu. Sesungguhnya ini adalah bukti taubatmu."Akhirnya Tsa'labah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas riba Rasulullah SAW.
Ketika pengebumian Tsa'labah, Rasulullah tiba agak terlambat. Para sahabat telah terlebih dahulu mengerumuni kuburan Tsa'labah. Apabila Rasulullah tiba, para sahabat membuka laluan kepada Rasulullah untuk melihat jenazah Tsa'labah. Namun Rasulullah SAW kelihatan berjalan susah payah bagaikan diasak-asak. Para sahabat bertanya akan keadaan baginda itu. Rasulullah menjawab,"Sesungguhnya kamu tidak melihat betapa ramainya malaikat yang menghantar Tsa'labah ke kuburnya."
Bagaimana pula remaja generasi belasan A+ kini?
Dari Jiwa Anak Merdeka
Mungkin kami tidak merasai jerih perih zaman perang,apatah lagi zaman perjuangan mencapai kemerdekaan.Namun melihat keadaan masa kini tika statistik jenayah menyamai ketinggian Menara Berkembar Petronas,kami jua merasa tempias sebagai generasi pewaris masa depan watan.
Salah kami yang kurang menghayati erti merdeka?
Salah masyarakat yang tidak cakna dengan iklim putaran ganas yang berleluasa?
Salah pemimpin dan dasar pelaksanaannya?
Jadikanlah hubbul watan minal iman(cinta tanah air sebahagian dari iman) sebagai motivasi penggerak untuk membangunkan Malaysia di bawah lembayung rahmat dan reda-Nya
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Aqidah,
Sejarah/Sirah,
Tazkirah wa Dakwah
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)