1:Surat Hasan Al-Banna Kepada Pelajar Muslim Di Barat
Catatan C.I.A
Selamat tinggal September,selamat tinggal Malaysia!
Barangkali itulah ucapan sebahagian besar ahli CIA sesi 2008-2010 yang telah pun menjejakkan kaki di bumi UK berkelana menuntut ilmu.Di samping doa yang kami hulurkan,sedikit 'ole-ole' buat kalian... mutiara hikmah As-Syahid Hasan Al-Banna kepada pelajarnya yang juga menuntut di Barat dari buku biografinya terbitan DBP,2010
Saudara seIslamku,tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T.Segala selawat serta salam kepada Rasulullah S.A.W yang diturunkan oleh-Nya sebagai rahmat bagi seluruh alam,kepada sahabat-sahabat baginda,keluarga baginda dan kepada semua yang berpegang teguh pada syariat-Nya sehingga hari kiamat.
Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu dan merahmatimu sepanjang perjalananmu di rantau orang apabila kamu belajar kerana niat ikhlasmu itu dan semoga kamu kembali dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan umat.
Saudaraku,kamu akan bergaul dengan mereka yang kamu tidak kenal sebelum ini tentang sikap mereka.Dirimu itu boleh menjadi contoh gambaran seorang Muslim kepada mereka.Jadi,pastikan bahawa kamu boleh membawa imej yang terbaik bagi menggambarkan Islam sebagai satu jalan bagi mereka untuk memahami dunia Islam.
Bersama kamu ialah satu amanah yang berharga.Ia ialah isterimu,hargai ia.Dia boleh menjadi temanmu yang amanah.Sediakanlah kepadanya kehidupan yang bahagia dan selesa.Berkongsilah segala kebahagiaan dengannya,jangan cuaikan tanggungjawab kamu kepadanya dan sempurnakanlah hidupnya dengan menjalankan segala tanggungjawabmu itu.Bacalah bingkisan kata-kataku ini sebagai tanda kasih sayangku kepadamu,tanda kasih sebagai seorang abang yang mengharapkan kebahagian hidup kepada adik-adiknya.
1)Saudaraku,sempurnakanlah segala urusanmu dengan Allah sebaik-baiknya.Fahamilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu dan mengawasimu walaupun di mana sahaja kamu berada.Dia sesungguhnya tahu apa yang kau lihat dengan matamu dan apa yang terlintas di dalam hatimu iu.Berusahalah supaya Allah 'tidak melihatmu' kecuali hanya apabila Dia gembira melihatmu.
Jangan sekali-kali kau lupakan Tuhan yang sentiasa memerhatikanmu,jika kamu melakukan sedemikian nescaya syaitan akanmudah mempengaruhimu dengan bisikan-bisikannya itu.Percayalah saudaraku,apabila hati ini sentiasa menyedari diri di bawahpemerhatian Allah,maka hati ini tidak akan dipengaruhi oleh syaitan.
Walau bagaimanapun,sekali ia telah melupakan tentang pengawasan Allah,syaitan akan dengan begitu mudah mendekatimudengan segala macam godaan.Oleh itu,kukuhkanlah hatimu dengan selalu mengingatkan dirimu bahawa Allah sentiasa memerhatikanmu dan kukuhkanlah jati dirimu itu walaupun kau berada dalam kalangan mereka yang lalai dan leka.
2)Laksanakanlah segala suruhan Allah yang diwajibkan kepadamu.Jangan sesekali mengabaikan perintah-Nya atau kamu melengah-lengahkannya semata-mata dengan alasan kamu sibuk atau dengan apa pun alasan.Ini semua hanyalah penipuan kepada dirimu sendiri.
Fahamilah juga wahai saudaraku yang dikasihi bahawa tiada siapa yang lebih dekat dengan Allah dan dicintai oleh-Nya melainkan mereka yang patuh kepada kewajipan yang diarahkan -Nya sebagaimana yang tersebut dalam hadis al-Bukhari.Oleh itu,insafilah dirimu supaya tidak mengabaikan semua kewajipanmu itu dan janganlah malas untuk menunaikannya,di situ hak Allah terhadapmu. Teguhkanlah solatmu dan sempurnakanlah puasamu.
Berpuasa dengan susah payah di negara Barat adalah satu aset yang berguna kepada akaun dirimu,ia sebenarnya satu pekara yang disukai oeh Tuhanmu dan wajar pada dirimu.Jadi,janganlah cuba memecahkan puasamu walaupun kamu tidak dapat menyempurnakannya.Aku tidak berniat menasihatimu panjang lebar kerana itu semua adalah kewajipanmu yang akan menjadi modalmu untuk menghadapi akhirat.Cubalah kamu bayangkan jika seseorang modalnya pada perkara yang sia-sia apakah yang akan terjadi kepada pelabur-pelabur?Begitulah analoginya.
3)Peruntukkanlah masa seberapa banyak yang kamu boleh untuk mengerjakan perkara-perkara yang boleh membawa ibadat kepada- Nya.Dirikanlah solat-solat sunat.Perbanyakkanlah memohon ampun dan berdoa ke hadrat Ilahi.
Rasulullah S.A.W telah menasihatkan Saidina Ali K.W.H supaya sentiasa membasahkan lidahnya dengan zikir kepada Allah S.W.T.Jangan diabaikan perkara-perkara yang boleh mendatangkan pahala ibadat kepadamu kerana ia umpama satu pelaburan yang menjanjikan ganjaran yang begitu besar.Mengingati Allah ketika kamu berada dalam lingkungan mereka yang lalai seumpama cahaya yang terang-benderang. Jadi,gunakanlah kesempatan yang ada pada masa kini untuk menuai hasilnya pada hari akhirat kelak.
4)Perbanyakkanlah juga membaca Al-Quran dengan memahami maksudnya dan dengan bacaan yang betul.Ia umpama penawar yang mampu membuatkan jiwa ragamu mendapat ketenangan.Pastikan kamu memulakan hari-harimu dengan membaca Al-Quran dan sebelum masuk tidurmu dengan membaca Al-Quran.
5)Kamu dapat melihat bagaimana nikmat-nikmat dunia yang mempesonakan mata dan hati membuatkan sesetengah manusia menjadi lemah dan leka.Oleh itu,janganlah semua itu menggoda dirimu dan membuatkan kamu leka dan lupa tentang kedatangan hari kiamat.
Insaflah waai saudaraku bahawa semua keseronokan daripada sudut pandangan Allah,tidak mempunyai sebarang kehormatan dan kebaikan pun.Itu semua tidak bermakna apa-apa melainkan ia hanya merupakan satu manifestasi kesukaran dalam kehidupan. Oleh itu berhati-hatilah supaya syaitan tidak menipumu dan membawa kamu ke lembah kejahatan,jurang dosa mahupun rasuah.
Semua perkara menyeronokkan yang dibawa oleh tamadun kontemporari tidak membawakan apa-apa kebaikan melainkan kesakitan.Penyakit-penyakit hanya akan menyelubungi diri manusia dan menghilangkan segala kemanisan yang dikecapi.Oleh itu, jauhi diri kamu daripada manusia yang bersifat sedemikian dan jangan biarkan orang seperti mereka memerintah dirimu dan menipu kamu jika kamu ingin menjadi seorang yang berjaya.
6)Saudaraku yang dikasihi,apa yang Allah Taala hukumkan haram kepada kita,mereka itu menghukumkan halal untuk mereka.Sebab itu apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang haram,mereka tidak pernah berasa malu kerana 'undang-undang' ciptaan mereka itu. Kamu jangan sesekali berkompromi dengan mereka di atas dosa-dosa yang mereka lakukan itu.Jika tidak kamu akan berhadapan sendiri dengan Allah pada hari kemudian kelak dengan perasaan tidak tenang akibat kompromi kamu itu.
Bersambung pada siri akan datang...
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Akhlaq wa Tasawuf,
Aqidah,
Quran Sunnah,
Tazkirah wa Dakwah
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)