Jika bahagian pertama surat As-Syahid Hasan Al-Banna banyak mengingatkan perihal ibadat dan syariat, bahagian kedua ini pula lebih banyak menyentuh aspek sosial dan muamalat buat si perantau
7)Jangan jadikan gadis-gadis di kalangan mereka sebagai penemanmu.Dan janganlah membuat apa-apa hubungan istimewa berkaitan emosi.Jika hubungan ini adalah satu perkara yang boleh mendatangkan dosa apatah lagi kepada dirimu dosa itu adalah 2 kali ganda bebannya kepadamu disebabkan kamu lebih tahu tentang makna hubungan seperti itu.Walaupun kamu telah sedia aku kenali sebagai seorang yang amanah,soapan dan boleh dipercayai,pesanan ini aku sampaikan adalah sebagai panduan supaya kamu lebih berwaspada terhadap dosa-dosa dan janganlah sesekali tergelincir ke dalamnya.




8)Alkohol pula,janganlah kamu cuba mendekatinya,janganlah gunakan apa-apa pun alasan seperti keadaan cuaca dan sebagainya untuk menghalalkannya.Hal ini kerana,apabila Allah mengharamkan sesuatu perkara,Dia telah mengetahui dengan sepenuhnya apa baik buruk perkara tersebut tanpa membezabezakan pengharamannya kepada negara-negara,bangsa mahupun kaum-kaum tertentu.Allah telah melarangnya,jadi janganlah timbul apa-apa keraguan lagi.Oleh itu,berhati-hatilah supaya arak dan perkara yang diharamkan Allah tidak mencemarkan hati dan isi perutmu yang suci murni.
Berazamlah dan fikirlah sedalam-dalamnya sebelum kamu meneguk arak yang pertama.Hal ini
kerana ia akan diikuti dengan tegukan kedua,ketiga dan seterusnya.Keadaannya sama seperti apabila kamu jatuh ke dalam sebuah lombong yang sangat dalam dan sukar bagi kamu untuk keluar semula. Kemudiannya,jika kamu menyesal dengan perbuatan kamu itu pada kemudian hari,kamu masih tetap bukan berada pada tahap kesucian dan kredibilitimu yang asal.

9)Janganlah kamu merasa apa-apa pun makanan di restoran-restoran yang menghidangkan menu yang haram seperti daging babi dan bangkai.Dalam hal ini,janganlah menjamah makanan yang telah diharamkan kerana Allah telah menyediakan makanan yang halal dengan cukup dan lengkap.Oleh itu, janganlah kamu membiarkan tubuh badanmu dengan perkara yang haram melainkan hanya api neraka yang layak untukmu.

10)Adapun kasino,kelab-kelab malam dan apa pun tempat hiburan,masa kamu itu sangatlah berharga daripada kamu menghabiskannya di tempat-tempat seperti itu.Ada peribahasa yang mengatakan bahawa masa itu emas tetapi aku tidak menyetujuinya kerana 'padaku masa itu adalah lebih berharga daripada emas kerana masa itu ialah nyawa'.Adakah tidak benar bahawa hidup itu tidak ada apa-apa makna sedangkan kamu tidak tahu bilakah hidup kamu akan berakhir walaupun beberapa minit lagi ia akan sampai ke penghujungnya?Saudaraku,berdisiplinlah dengan masa yang kamu ada dan janganlah sia-siakannya.
Di syurga,di sana terdapat ketenangan dan di bumi sini ada kecantikan.Di dalam taman-taman syurga 
terdapat kesegaran dan tanda-tandanya terdapat dalam dirimu.Di air mahupun di langit terdapat makanan dan udara yang menjadi sumber untuk kamu meneruskan kehidupan. Ambillah semua ini sebagai pengajaran dan peringatan kepada jiwamu agar kau tidak membazirkan masamu secara sia-sia, ini semua akan membawamu ke arah kebaikan dan menjauhi dirimu daripada kejahatan.

11)Jadilah seorang yang berfikiran kritis dengan hidup penuh wawasan dan berpegang pada sikap adil. Rapatkanlah dirimu dengan mereka di sekelilingmu,jadilah seorang yang dikenali di kalangan mereka. Jangan biarkan kebaikanmu itu sampai melupakan keburukan mereka dan janganlah pula biarkan keburukan mereka menutup kebaikanmu.Adalah lebih baik jika kamu mengenali mereka sebagaimana seorang penyelidik memeriksa bahan penyelidikannya.
Kajilah tentang diri mereka secara menyeluruh dan dengan menggunakan matamu,perhatilah
pada setiap sudut.Pastikan kamu menemui orang-orang yang baik dan berpotensi dan pastikan juga nanti kamu pulang dengan kejayaan yang cemerlang.Selain itu,kamu serpihkan semula kecemerlanganmu itu kepada mereka dan jangan kamu kembali sehingga kamu pastikan yang kamu telah menyapu segala 'habuk' dalam pemikiran mereka.
Kamu akan jumpa dengan segolongan manusia yang tidak berbangga  dengan Rasulullah S.A.W,
menyalahkan Al-Quran dan tidak menghormati  orang-orang kamu.Janganlah duduk bersama di kalangan mereka sehinggalah mereka kembali dengan pendirian berlainan walaupun di sana terdapat keperluan kepadamu untuk berdialog.Berbahaslah dengan mereka sebaik yang mungkin.Jelaskan kepada mereka perkara-perkara baik yang kamu ketahui  dan jauhi kontroversi  yang akan membawa fitnah.
Saudaraku yang dikasihi,ingatlah bahawa menyeru sasaran dengan contoh-contoh yang praktikal
adalah lebih baik berbanding seruan melalui ceramah.Adalah lebih berkesan dan berfaedah untuk menggunakan penampilanmu sedia ada,kesempurnaan dirimu sebagai satu jalan untuk menarik mereka kepada agamamu.Apabila terdapat satu ruang kesempatan kepadamu untuk menyampaikan ceramah atau kuliah di satu-satu tempat dalam masyarakat mereka,maka persiapkanlah dirimu untuk menghadapinya.
Hendaklah kamu bersikap selektif dalam membuat pilihan itu dengan mengambil peluang yang
tidak mendatangkan gangguan dan melunturkan integritimu.Jangan berasa terancam dengan mereka kerana bantuan Allah sentiasa bersamamu.Jadilah seorang yang positif dengan mereka yang mempunyai kepercayaan berbeza dengan kita dan jelaskan sebaik mungkin kepada mereka tentang hakikat dan kebenaran mengikut kepercayaan kita.Dengan melakukan sedemikian,kamu sebenarnya telah berjaya mempromosi kebenaran dan tunggulah kesan daripada usahamu itu.
Sebenarnya masih banyak lagi yang ingin aku pesan kepadamu dan pastinya aku akan sentiasa
memberikan pandangan dan nasihat kepadamu.Aku berasa bimbang jika aku memanjangkan lagi kata-kataku ini,kamu akan lupa kebanyakan apa yang aku sampaikan kepadamu kerana jika terlebih bercakap kita akan mengganggu perkara yang sedang dilakukan.Semoga Allah menjadikan kamu yang terbaik dalam kalangan yang terbaik dan semoga segala rahmat-Nya sentiasa mengiringimu.
Semoga Allah melindungi kamu berdua dan semoga kamu berdua dikembalikan dengan segala
kebaikan atas segala keikhlasan yang kamu sumbangkan.Aku kembalikan kepada Allah urusan mengenai agama dan segala tindak-tandukmu.Semoga rahmat dan keamanan daripada Allah sentiasa bersamamu.Amin