Kalau mahu bertanya soal hukum sambut Krismas,ucap Merry Christmas,adalah lebih afdal merujuk kepada pakar seperti Ustaz Zaharuddin,Ustaz Hasrizal,paling mudah tanya JAKIM terus.


Dakwah Musim Krismas
Modal itu ada,tetapi memikirkan tulisan mengenainya lebih banyak menarik kontroversi daripada manfaat, saya tangguhkan hasrat saya bercerita mengenai Krismas sebagai modal dakwah kepada rakan Kristian kita.
Mungkin,sebagai permulaan kita boleh bertanya kepada rakan Kristian kita mengenai Jesus(Nabi Isa a.s) menurut Kristian,selepas itu kita menerangkan pula pandangan Islam mengenai Jesus(Nabi Isa a.s).Cuma saya terjumpa sesuatu yang 'istimewa' di Wikipedia mengenai tarikh 25 Disember...

Do you see what I see?Do you think what I think?
Khabar Seantero Blog
Pakar astronomi kita,saudara Mahathir melaporkan fenomena Meteor Shower yang beliau saksikan baru- baru ini.Beliaudi blognya(baca penuh di sini)
Aku pagi-pagi buta 15 hb, 2.00 AM keluar rumah. Kepala pusing sana pusing sini. Ditemani ayah. Sampai 3.00 AM sebab kesian ayah tunggu dan nyamuk banyak. Alhamdulillah dalam lebih kurang 1 jam walaupun dalam pencemaran pencahayaan lampu elektrik, dapat nampak dalam 8 macam tu.
Manakala Mr. President Student Council yang disayangi,saudara Izzat Ismail sedikit sebanyak menganalisis keadaan pelajar A Level di Cempaka dibanding dengan keadaan pelajar A Level KYUEM dan bakal-bakal guru di IPGM.

Oh!Berita ini sekadar pengubat kebosanan cuti =)