Kemas Kini 2:Tahniah buat Tan Sri Dr. Yusuf Mohd. Noor dan Dr. Yusuf Al-Qaradawi kerana terpilih menjadi tokoh Maal Hijrah 1431H daripada kerajaan Malaysia.

Kemas Kini 1:Orang kata,berkat awal Muharam bola sepak Malaysia menang pingat emas Sukan SEA...


Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah
Untuk memudahkan anda,sila muat turun di sini[kalau nak tulis di sini takut panjang sangat...].Untuk audio learners,anda boleh tonton videonya di blog Tanyalah Ustaz.

Perutusan Maal Hijrah Cempaka Islamic Association
Penulis:Hamba Allah

Assalamualaikum sahabat-sahabat seperjuangan sekalian,
Pertama sekali,selamat menikmati saki-baki cuti yang bakal melabuhkan tirai dalam beberapa hari saja lagi.Pejam celik kita dah sampai ke penghujung tahun hijrah mahupun masihi.Bercakap mengenai tahun baru
hijrah,pada 18 Disember ini kita bakal melangkah masuk 1 Muharram 1431H.
Duhai sahabat-sahabatku yang bijaksana,apakah tema sambutan Maal Hijrah kali ini?

‘Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah’
Tema ini sejajar dengan gagasan 1Malaysia saranan Dato' Seri Najib Tun Razak,bahkan bertepatan dengan slogan 1Cempaka anjuran pengasas Cempaka Schools,Datin Frieda Pilus.

Atas semangat tema itu, kita bukan sahaja perlu mengukuhkan silaturahim sesama kita,bahkan meluaskan networking dengan pelajar Cempaka Schools yang lain khususnya rakan-rakan Non-muslim kita.Islam tidak pernah melarang interaksi antara Muslim dengan Non-muslim,bahkan menggalakkannya atas tujuan dakwah selagi tidak melanggar batasan syarak.Hal ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 12:
Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari laki-laki dan perempuan, dan Kami menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian adalah orang yang paling bertaqwa di sisi Allah.
O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise (each other). Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things).

Sesungguhnya,perpindahan fizikal dalam konteks makna literal HIJRAH hanya berlaku 1431 tahun yang lalu, menerusi perpindahan Nabi Muhammada S.A.W beserta para sahabat ke Yathrib yang kita kenali Madinah kini.Seperti lirik lagu tema Maal Hijrah yang dikumandangkan saban tahun...




Lagu Tema Maal Hijrah
Hijrah Itu Pengorbanan,pengorbanan kita berjauhan dengan keluarga menuntut ilmu di tempat orang untuk pembangunan ummah.

Hijrah Itu Perjuangan,berjuang melawan nafsu,rintangan dan halangan yang menghalang kejayaan kita bersama.

Hijrah Itu Persaudaraan,Cempaka jadi saksi,kita bertemu kerana menuntut ilmu di jalan Allah,kiranya kita berpisah dalam reda-Nya jua

Hijrah Membentuk Perpaduan,baik bidang sains mahupun bioteknologi arah tuju masing-masing,matlamatnya satu,untuk ISLAM!


Akhir kalam,saya ingin memohon maaf andai terkhilaf di sana sini.Perkara yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu juga daripada Allah tetapi disabitkan kepada diri saya.

Salam Maal Hijrah dan jangan lupa buat homework!!!