Al-Quran dan Kita...
Catatan C.I.A
Alhamdulillah bertemu kembali kita pada hari ini.. Mungkin agak terlewat coretan ana buat kali ini, ana susuli dengan himpunan pohonan ampunan dan maaf kepada antum antunna sekalian..
Alhamdulillah pada hari ini, ana masih berkesempatan untuk berkongsi sedikit info yang diharapkan bermanfaat untuk diri ana serta sahabat-sahabat sekalian. Perihal yang sepatutnya sangat dekat dengan diri setiap individu muslim terutama bagi mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang da'ie.
Pada hari ini, inshaALLAH ana akan cuba mengupas perihal al-Quran dan kaitannya dengan ilmu sains dan teknologi yang ada pada waktu sekarang. Al-Quran telah diturunkan oleh ALLAH sejak 14 abad yang lalu kepada seluruh umat manusia sebagai kitab panduan; penyuluh jalan kebenaran yang membawa manusia mendampingi ALLAH yang Maha Esa sekaligus memansuhkan segala jalan-jalan kegelapan yang membawa manusia jauh dari jalan yang diredhai Nya.
Sesungguhnya sudah menjadi lumrah bagi setiap manusia, sejak awal-awal penciptaannya di muka bumi ini, mereka tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memahami kejadian alam ini dari aspek Pencipta nya serta matlamat penghidupan manusia itu sendiri. Al-Quran telah menjadi pegangan bagi setiap muslim serta teras utama kepada agama Islam itu sendiri. Bagi setiap individu muslim yang beriman kepada kitab ALLAH, ia akan sentiasa meyakini bahawa setiap isi kandungan al-Quran akan sentiasa relevan untuk setiap zaman, keadaan, dan golongan manusia.
Al-Quran diperakui sebagai satu penulisan Arab yang sangat hebat malah ramai di antara muslim serta bukan muslim mengakui bahawa kitab Al-Quran adalah penulisan Arab yang paling terbaik di muka bumi ini yang tiada tolok bandingnya sehingga kini. ALLAH menerusi al-Quran pernah mencabar sesiapa sahaja yang ingin menandingi kekuasaan ALLAH supaya menciptakan satu surah sebanding dengan al-Quran, maka yakinlah bahawa tiada seorang pun daripada manusia itu akan berjaya meskipun untuk menciptakan sepotong ayat yang lebih baik daripada al-Quran itu sendiri pun ia akan tewas.
وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُواْ بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُواشُهَدَاءكُم مِّن دُونِ اللّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Dan kalau kamu menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami(Muhammad), maka cubalah datangkan satu surah yang sebanding dengan Al-Qur’an itu dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah jika kamu orang yang benar.(Al-Baqarah :23)
فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ وَلَن تَفْعَلُواْ فَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya: manusia dan batu-batu (berhala), yang disediakan untuk orang kafir.(Al-Baqarah:24)
Mahukah antum/antunna, ana tunjukkan beberapa bukti bahawa al-Quran yakni kalam ALLAH ini telah mendahului ilmu sains dan teknologi beribu-ribu tahun lamanya? Ana mungkin tidak mampu mengupas satu demi satu bukti tersebut, oleh itu ana ingin cadangkan supaya antum/antunna membedah buku The Quran and Modern Science oleh Dr Zakir Naik yang sangat menarik dalam mengupas isu ini, inshaALLAH bermanfaat. Selain itu, mungkin antara buku lain yang boleh dijadikan rujukan adalah buku Kitab Tauhid yang banyak juga menampilkan ideologi-ideologi yang berguna untuk tatapan rohani kita bersama, inshaALLAH.
refer to: http://assabiel.com/?tag=zakir-naik
Bagi mereka yang menggemari ilmu sains, yakinlah bahawa al-Quran lebih hebat daripada itu; segala hypothesis yang dikemukakan oleh saintis-saintis Barat pada hari ini, kebanyakannya telah dibuktikan secara terang-terangan ataupun tersembunyi oleh ALLAH taala menerusi Kalam ALLAH, al-Quran. Siapakah yang hypothesis nya tidak pernah salah selain ALLAH? Siapakah yang lebih berani untuk mengakui ciptaannya yang terhebat selain ALLAH?Sehinggakan Dia berani untuk menyatakan kesemuanya dengan yakin dalam al-Quran untuk renungan manusia kelak. Manusia hanya mampu membuktikan kesemuanya menerusi kajian yang memerlukan masa yang agak lama serta kemudahan teknologi yang benar-benar canggih sebelum membuktikan suatu hypothesis yang telah lama dibuktikan menerusi Al-Quran.
Mampukah kita menandingi ALLAH meskipun kita sudah menjawat gelaran Doctor, Professor, Ir dan sebagainya? Ingatlah manusia, bahawa setinggi-tinggi gelaran dan pujian hanyalah untuk ALLAH taala...Dia tidak perlu mengkaji suatu apa pun kerana segala-galanya berada dalam likungan pengetahuan Nya dan ingatlah tiada sesuatu pun yang tercipta sendiri tanpa ALLAH yang mengusahakannya. ALLAH lah sebaik-baik Penolong serta yang Maha Menciptakan sesuatu.
Percayakah antum/antunna jika ana nyatakan bahawa setiap hidupan ini dijadikan daripada air? Cuba perhatikan ayat di bawah sebagai rujukan serta dalil untuk kenyataan yang ana nyatakan tadi.
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاء كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُون
Adakah tidak melihat orang-orang yang kafir bahwasanya langit dan bumi keduanya dahulu menyatu lalu Kami belah keduanya, dan Kami jadikan dari air tiap-tiap sesuatu yang hidup maka apakah tidak mereka beriman? (Al_Anbiyaa’: 30)
Namun begitu, hanya selepas adanya kemajuan sains dan teknologi yang makin canggih, barulah kita mengetahui hakikat yang ALLAH nyatakan itu daripada aspek saintifiknya. Setiap organism mempunyai cytoplasm yang merupakan bahan asas bagi sesuatu sel dan ia nya mengandungi 80% air. Selain itu, penyelidikan moden juga telah mengesahkan bahawasanya kebanyakan organism terdiri daripada 50-90% air dan setiap entiti hidup memerlukan air untuk terus survive di muka bumi ini.
Adakah relevan untuk seorang manusia yang kemampuan akalnya sangatlah terhad untuk menyangka bahawa setiap benda hidup dijadikan daripada air kecualilah apabila diterangkan oleh ALLAH menerusi al-Quran?
Malah ALLAH telah berfirman menerusi al-Quran bahawa ALLAH telah Menciptakan haiwan-haiwan daripada air dalam surah an-Nuur; rujuk di bawah:
وَاللَّهُ خَلَقَ كُلَّ دَابَّةٍ مِن مَّاء
Dan Allah telah menciptakan tiap-tiap makhluk melata dari air. (An-Nuur : 45)
Bukan itu sahaja, ALLAH juga telah Menciptakan manusia daripada air;
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاء بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا
Dan Dialah yang menciptakan dari air akan manusia lalu Dia menjadikan nasab/keturunan dan hubungan pernikahan dan adalah Tuhan Pencipta kamu yang Maha Kuasa
(Al-Furqaan : 54)
TUMBUH-TUMBUHAN DICIPTAKAN BERPASANGAN, JANTAN & BETINA
Pada masa dahulu, tidak mungkinlah akal manusia ini mampu mengetahui bahawa tumbuh-tumbuhan juga mempunyai jantina yang berbeza jantan betinanya sepertimana diperjelaskan oleh kajian botanist yang mengesahkan bahawa tumbuh-tumbuhan juga mempunyai jantina seperti manusia; malah ada juga yang diciptakan mempunyai kedua-dua jantina sekaligus yang dikenali sebagai unisex.
وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِّن نَّبَاتٍ شَتَّى
Dan Dia telah menurunkan dari langit air maka Kami keluarkan dengannya berpasang-pasangan dari tumbuh-tumbuhan yang beraneka ragam (warna dan rasa) ( Thaahaa : 53 )
BUAH-BUAHAN DICIPTAKAN BERPASANGAN, JANTAN & BETINA
وَمِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ
Dan dari segala buah-buahan Dia menjadikan padanya berpasang-pasang dua.( Ar-Ra’d: 3 )
SEMUANYA DICIPTA BERPASANGAN
وَمِن كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ
Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan.. ( Az-Zaariyaat : 49)
ALLAH telah menjelaskan secara terang dan terperinci mengenai penciptaan Nya yang diciptakanNya berpasang-pasangan. Jika ada yang positive akan ada yang negative yang akan tertarik antara satu sama lain, sepertimana yang perempuan tertarik pada yang lelaki; begitulah jua sebaliknya
سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ
Maha Suci Zat yang telah menciptakan berpasang-pasangan semuanya dari apa yang ditumbuhkan bumi dan dari diri-diri mereka sendiri dan dari apa yang tidak mereka ketahui. (Yaasiin : 36 )
Wallahua'lam
Sekadar berkongsi sedikit ilmu untuk manfaat bersama, mungkin jua pengisian ini sudah kita sedia maklum sebelum ini, namun mungkin juga ia dapat menjadi peringatan kepada kita apabila kita berada dalam keadaan yang tidak stabil imannya. Ingatlah bahawa paras iman naik dan turun itu adalah sunatullah, ia akan terjadi tanpa kita sedari, namun usahlah biarkan ia merundum jatuh begitu sahaja. Semoga hari-hari mendatang dapat kita penuhi dengan perbuatan-perbuatan yang dapat meningkatkan iman di dada serta mendekatkan diri kita kepada Nya
Sekiranya ada salah dan silap, ana mohon ampun, segala yang baik serta buruk itu datangnya daripada ALLAH taala namun yang buruk itu disandarkan atas kelemahan ana sebagai hamba Nya.
Namun ingatlah bahawa setiap yang datangnya daripada ALLAH itu; yakni setiap apa yang berlaku itu adalah baik belaka namun kesilapan kita sebagai seorang manusia yang menyebabkan ia nampak buruk di pandangan mata kita.
wallahua'lam
wassalam
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Other Perspective,
Quran Sunnah,
Sains dan Islam,
Tazkirah wa Dakwah
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)