Imam Muda:Tazkirah Gunung Stong
Catatan C.I.A
Outdoors are not just outdoors-Uncle Adam
Berbekal pesanan itu,17 pelajar Cempaka menghabiskan baki 1 kilometer perjalanan yang curam lagi berliku dan berjaya menawan puncak gunung Stong.
Bekalan Sepanjang Perjalanan
1)Hati(قلب)-Serapuh Batu Kapur
'Cuba tengok apa yang Uncle buat,'ujarnya sebagai nature guide kami.Lantas tangannya mengalihkan 1 kepingan batu kapur yang tersusun indah membentuk Gua Gelap dengan mudah.'Walaupun batu kapur ini yang membentuk gua dan bukit besar ini,tetapi strukturnya rapuh.Oleh itu,hati-hati sewaktu aktiviti di gua batu kapur takut menjejaskan strukturnya,'tambah Uncle lagi.
Subhanallah!
Agam dan utuh gua dan bukit batu kapur yang terbina dari calcium carbonate bisa runtuh kerana sekeping batu kapur nan nipis tercabut dari susunannya.Bayangkan lapis-lapis iman yang meliputi hati kita selama ini, dicabut satu persatu gara-gara dosa kita sehari-hari.Alangkah rapuhnya hati bak batu kapur,hingga kita diajar sunnah agar sentiasa memanjatkan doa agar hati ini tetap dengan iman…Wahai Zat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agamamu
2)Formation Gua-Sulitnya Memupuk Iman
'Tengok straw formation ini.Kebiasaannya,ianya bertambah saiz seinci untuk tempoh 2 tahun dengan keadaan yang sesuai,'terang Uncle bersemangat disambut anggukan dan bunyi 'ooo…' panjang dari mulut kami yang terasa jahil berhadapan Uncle yang amat mahir selok-belok kawasan gunung dan hutan di Dabong. 'Uncle harap,generasi muda seperti kamu sedar dan memulihara alam sekitar tambahan selepas mengikuti aktiviti seperti ini,'harapnya yang membuat saya terfikir panjang.Berapa ramai yang peduli dengan alam sekitar yang sakit dek tangan-tangan manusia durjana seiring tua usianya,berapa ramai pula yang berusaha memulihara iman setipis kulit bawang di hati kita?
3)Sesat-Jangan Lari Dari Jemaah
Episod pendakian kami bermula di pagi Sabtu.Dipendekkan cerita,kebanyakan kami tidak menghadapi masalah serius sewaktu perjalanan ke puncak,melainkan beberapa calar balar dan seekor dua pacat yang berminat kepada darah manis sesetengah rakan kami.Mana Aiman?Persoalan itu berlegar antara kami usai tiba di kem Baha,padahal dialah yang di hadapan mendahului kami.Sekitar 6.30 petang,kami melihat Cikgu Ku dan Cikgu Rahman berlari ke arah bukit jalan keluar masuk ke kem Baha.Rupanya Aiman,Kak Ita dan Abang Iqbal a.k.a Labu tersesat jalan!
Kredit:Cikgu Fairuz,Cikgu Rahman,Cikgu Ku,Ms Ellen,Kak Rozita a.k.a Ita@Nurse,Kak Jiha,Abe Iqbal a.k.a Labu,Abe Hilmi a.k.a Labi,Abe Dino,Abe Fuad,Abe Meme,last but not least Uncle Adam
Imam Muda:Tak Semudah Kata
Gara-gara bacaan doa biasa sebelum memulakan perjalanan,melekat gelaran Ustaz pada diri sahaya. Ringan gelar di hujung lidah,berat tanggungjawab ustaz dan imam sebenar di medan dakwah.
Saya hairan dengan kritikan yang muncul terhadap rancangan Imam Muda,tatkala kita bising dengan konsert dan rancangan hiburan yang melata.Rancangan yang julung kali diterbitkan ini begitu pantas mencatat rating tertinggi,bahkan mendapat liputan media Barat.Hal ini sepatutnya menjadi kebanggaan umat Islam,kerana imej imam dan ustaz ini diangkat dengan betul di media massa,berbanding 'filem dakwah' yang mengehadkan tugas sang ustaz kepada pembaca Yasin dan tahlil,serta ghostbuster!
Tak pantas gelar Ustaz saya terima,sedang diri ini masih cetek ilmu agama masih berselubung nafsu dan dosa.Seharusnya,setiap kaum Adam menyiapkan diri masing-masing menjadi imam kepada isteri dan anak-anak tercinta,bukan sahaja mengimamkan solat jemaah dalam keluarga tetapi mendidik anak isteri kelak dengan ilmu agama berbekal di dada bertepatan dengan pepatah 'Bapa borek,anak rintik'
أمتي,أمتي,الصلا ة
Menjejak Stong bukanlah dekat,Ragam penyeri berbagai cerita;
Rejab ditetap solat dan kiblat,
Wasiat Nabi amalkan setiap masa.
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Quran Sunnah,
Sains dan Islam,
Tazkirah wa Dakwah
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)