Sebenarnya,apa hukum muzik dan alat muzik bertali seperti gitar dalam Islam?
Pertanyan mengenai hukum sebegini saya sikapi dengan hati-hati,apatah lagi melibatkan isu kontemporari seperti muzik.Memandangkan saya bukan ahli bidang ini,saya kongsi makalah Ustaz Hasrizal mengenai hukum muzik dan alat muzik menurut Islam di sini.

Bahasa Jiwa 
Apakah genre halwa telinga anda?

Baik nasyid,balada,hip hop mahupun rock,besar pengaruhnya terhadap jiwa anda.Buktinya,Al Farabi seorang sarjana Islam telah menulis secara khusus mengenai muzik dalam kitabnya Al-Musiqa manakala kitab Meaning of Intellects mengupas lanjut mengenai terapi muzik.Bagai irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan,begitu jugalah sifat muzik dengan jiwa manusia.

Sekeras irama rock bisa menjadikan hati anda sekering rockers(walaupun boleh cair dilanda gelombang cinta) .Apatah lagi jika lagu yang didengar bersulam kata kesat dan lucah.Tidak hairanlah ada pihak tertentu sanggup menyelitkan unsur negatif dalam lagu tanpa kita sedari.Alangkah molek sekiranya irama moden yang rancak dihias lirik yang sederhana namun bermanfaat seperti ini...





Dakwah Di Luar Kotak
Sebelum ini nasyid mendominasi cabang dakwah menerusi seni suara,kini sudah muncul artis-artis yang menerima kesedaran Islam lalu menghasilkan album berbentuk kerohanian.Gelombang yang tercetus di negara tetangga Indonesia sudah dirasai riaknya di Malaysia,antaranya Dato' Siti Nurhaliza menerusi album Tahajud Cinta.

Jika nasyid berjaya memancing minat pendengar yang kebanyakannya berlatar belakang agama,usaha sebegini oleh artis-artis lain mampu meluaskan skop dakwah kepada peminat genre muzik lain.Hip hop sudah berbangga dengan Alhamdulillah,kini peminat muzik pop boleh mengharapkan Ungu dan Wali Band. Kumpulan nasyid tempatan juga berevolusi dengan membawa lagu nasyid dalam bahasa Tamil dan Mandarin,tak lupa juga penyanyi seperti Sami Yusuf dan Maher Zain dalam medium bahasa Inggeris.

Biarpun berlainan pentas dan bahasa,suburlah dakwah di arena seni suara menyentuh jiwa manusia.