Suka Duka Fiqh Perantau 2010
Catatan C.I.A
Menatap wajah-wajah rakan usai program Fiqh Perantau 2010,jelas terpancar riak gembira dan puas hati
Syukur ke hadrat Ilahi,kerana perancangan-Nya yang mengatasi perancangan manusia,tarikh 2 Mei mencatat sejarah di Madrasah Al-Hidayah Taman Koperasi Cuepacs berlangsungnya program Fiqh Perantau anjuran C.I.A menampilkan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang terkenal dengan gelar Ustaz Cinta.Alhamdulillah
Menganjak Paradigma Memperbetul Ibadah
Jika selama ini kami hanya menjadi pengunjung blog,pembaca buku tulisannya atau sekadar pendengar rakaman ceramah beliau,kini Ustaz Hasrizal berceramah secara live di hadapan kami!
Sebelum berjinak-jinak dengan perbahasan 1001 hukum fiqh,Ustaz Hasrizal dengan santai mengupas isu Syariatullah vs. Sunnatullah subjek kepakaran beliau.Kami disedarkan betapa mengasingkan ilmu sains dari Islam tidak lebih merupakan satu bentuk sekularisme yang selama ini hanya difahami sebagai pengasingan agama dari aspek kehidupan yang lain.Contoh dan kecindan yang beliau gunakan menambat hati kami, terutamanya analogi kebun jagung Pak Haji dan Ah Chong.
Perbahasan fiqh dimulai dengan memahami kronologi hukum disaring oleh ulama secara input,proses & output agar tidak keliru perbezaan pendapat ulama' dan berlapang dada atas khilaf dalam masalah hukum.Selepas itu barulah kami didedahkan dengan persoalan taharah(bersuci) , solat, puasa, makanan serta nikah.
Semoga penganjuran Fiqh Perantau 2010 memberi manfaat kepada semua,khususnya senior 2009/2010 yang bakal terbang ke bumi UK September ini.
Sebalik Tabir,Sejambak Penghargaan
Jazakumullah saya ucapkan untuk Ustaz Hasrizal yang sudi bertandang ke majlis kami yang sederhana, meninggalkan anak dan isteri di rumah di hujung minggu.Tak lupa juga kepada ahli jawatankuasa Madrasah Al-Hidayah Taman Koperasi Cuepacs atas kebenaran kami menganjurkan majlis.
Untuk Ustazah Siti Najwa,En. Wan Zakaria,Pn. Ranofla Dianti Irwan serta penaja-penaja lain,atas sumbangan dan kerjasama anda menjayakan majlis ini..Bagi menjawab pantun Ustaz...
Tenang-tenang air di muaraSampan kolek mudik ke tanjungSuka duka hamba berceritaBudi tuan rasa nak junjung
Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Habis program amatlah cepat
Tahun depan boleh jemput ustaz lagi?
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Agensi Berita C.I.A,
Muat Turun
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Suka Duka Fiqh Perantau 2010
Menatap wajah-wajah rakan usai program Fiqh Perantau 2010,jelas terpancar riak gembira dan puas hati
Menganjak Paradigma Memperbetul Ibadah
Jika selama ini kami hanya menjadi pengunjung blog,pembaca buku tulisannya atau sekadar pendengar rakaman ceramah beliau,kini Ustaz Hasrizal berceramah secara live di hadapan kami!
Sebelum berjinak-jinak dengan perbahasan 1001 hukum fiqh,Ustaz Hasrizal dengan santai mengupas isu Syariatullah vs. Sunnatullah subjek kepakaran beliau.Kami disedarkan betapa mengasingkan ilmu sains dari Islam tidak lebih merupakan satu bentuk sekularisme yang selama ini hanya difahami sebagai pengasingan agama dari aspek kehidupan yang lain.Contoh dan kecindan yang beliau gunakan menambat hati kami, terutamanya analogi kebun jagung Pak Haji dan Ah Chong.
Perbahasan fiqh dimulai dengan memahami kronologi hukum disaring oleh ulama secara input,proses & output agar tidak keliru perbezaan pendapat ulama' dan berlapang dada atas khilaf dalam masalah hukum.Selepas itu barulah kami didedahkan dengan persoalan taharah(bersuci) , solat, puasa, makanan serta nikah.
Semoga penganjuran Fiqh Perantau 2010 memberi manfaat kepada semua,khususnya senior 2009/2010 yang bakal terbang ke bumi UK September ini.
Sebalik Tabir,Sejambak Penghargaan
Jazakumullah saya ucapkan untuk Ustaz Hasrizal yang sudi bertandang ke majlis kami yang sederhana, meninggalkan anak dan isteri di rumah di hujung minggu.Tak lupa juga kepada ahli jawatankuasa Madrasah Al-Hidayah Taman Koperasi Cuepacs atas kebenaran kami menganjurkan majlis.
Untuk Ustazah Siti Najwa,En. Wan Zakaria,Pn. Ranofla Dianti Irwan serta penaja-penaja lain,atas sumbangan dan kerjasama anda menjayakan majlis ini..Bagi menjawab pantun Ustaz...
blog comments powered by Disqus
Syukur ke hadrat Ilahi,kerana perancangan-Nya yang mengatasi perancangan manusia,tarikh 2 Mei mencatat sejarah di Madrasah Al-Hidayah Taman Koperasi Cuepacs berlangsungnya program Fiqh Perantau anjuran C.I.A menampilkan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang terkenal dengan gelar Ustaz Cinta.Alhamdulillah
Menganjak Paradigma Memperbetul Ibadah
Jika selama ini kami hanya menjadi pengunjung blog,pembaca buku tulisannya atau sekadar pendengar rakaman ceramah beliau,kini Ustaz Hasrizal berceramah secara live di hadapan kami!
Sebelum berjinak-jinak dengan perbahasan 1001 hukum fiqh,Ustaz Hasrizal dengan santai mengupas isu Syariatullah vs. Sunnatullah subjek kepakaran beliau.Kami disedarkan betapa mengasingkan ilmu sains dari Islam tidak lebih merupakan satu bentuk sekularisme yang selama ini hanya difahami sebagai pengasingan agama dari aspek kehidupan yang lain.Contoh dan kecindan yang beliau gunakan menambat hati kami, terutamanya analogi kebun jagung Pak Haji dan Ah Chong.
Perbahasan fiqh dimulai dengan memahami kronologi hukum disaring oleh ulama secara input,proses & output agar tidak keliru perbezaan pendapat ulama' dan berlapang dada atas khilaf dalam masalah hukum.Selepas itu barulah kami didedahkan dengan persoalan taharah(bersuci) , solat, puasa, makanan serta nikah.
Semoga penganjuran Fiqh Perantau 2010 memberi manfaat kepada semua,khususnya senior 2009/2010 yang bakal terbang ke bumi UK September ini.
Sebalik Tabir,Sejambak Penghargaan
Jazakumullah saya ucapkan untuk Ustaz Hasrizal yang sudi bertandang ke majlis kami yang sederhana, meninggalkan anak dan isteri di rumah di hujung minggu.Tak lupa juga kepada ahli jawatankuasa Madrasah Al-Hidayah Taman Koperasi Cuepacs atas kebenaran kami menganjurkan majlis.
Untuk Ustazah Siti Najwa,En. Wan Zakaria,Pn. Ranofla Dianti Irwan serta penaja-penaja lain,atas sumbangan dan kerjasama anda menjayakan majlis ini..Bagi menjawab pantun Ustaz...
Tenang-tenang air di muaraSampan kolek mudik ke tanjungSuka duka hamba berceritaBudi tuan rasa nak junjung
Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Habis program amatlah cepat
Tahun depan boleh jemput ustaz lagi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)