He may be an intelligent man but he is not necessarily wise
Ramadan dan Syawal 1431H ini,umat diasak pelbagai isu yang menuntut kreativiti dalam memberi penyelesaian selain hanya lontaran kecaman sebagai tanda protes.Di saat negara dilecehkan segelintir  saudara sebangsa(barangkali seaqidah jua) dan Islam 'diganyang' ke tahap promosi melukis gambar Nabi S.A.W yang mulia dan keinginan untuk berjemaah membakar Al-Quran!

Ragam 1Rantau,1Dunia
Kita banyak berkongsi dengan Indonesia,dari sejarah hingga budaya,dari bahasa sampai agama.Resam adik-beradik sesekali bertegang urat berkelahi.Kita yakin kewibawaan dua kerajaan berbekal kecekapan saluran diplomatik mampu menguruskan hal ini dengan bijaksana.

Pengalaman ngobrol bersama bapak Nana Banna sedikit sebanyak membuka pemahaman saya mengenai apa yang berlaku di tanah seberang.Antaranya...

  1. Demonstrasi bisa tercetus di mana-mana dan pada bila-bila masa,asalkan punyai upah.
  2. Walaupun demonstrasi mengecam negara lain dan mampu menggugat hubungan diplomatik,ianya untuk kepentingan politik tempatan justeru menekan parti pemerintah sedia ada.
Walaupun hati kami panas dengan aksi minoriti penduduk Indonesia ini,apa gunanya kita bersengketa sesama saudara di bulan mulia?Ayuh sama-sama kita bermuhasabah.




Dalam kehangatan protes ke atas projek Masjid di Ground Zero,usah kita melayan kerenah 1-2 paderi yang beria-ia untuk membakar Al-Quran.Ya,kita perlu marah tika agama kita dihina sebegitu rupa, cuma kita tidak perlu bantuan ekstremis untuk mengulang semula skrip 9/11 yang 'berjasa' menyebarkan Islamophobia di dunia Barat.  

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan[Al-An'am:108].
Iklan Aidilfitri Menyeru Para Daie
Baru-baru ini kita juga dikejutkan dengan iklan Aidilfitri versi Santa Claus.Jika rancangan TV Aidilfitri dipenuhi filem komedi slapstik dan seram satu fenomena yang tidak menghairankan,iklan kontroversi ini secara halus(namun gagal) menerapkan unsur kongsi raya yang jelas bertentangan dengan kemurnian aqidah,pernah disuarakan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Namun,di balik kejayaan suara-suara bantahan yang menyebabkan iklan tersebut ditarik balik , apakah peranan pendakwah yang kini melata dan tak kurang popular di kaca TV?Di sini pada hemat saya perlunya orang dakwah terjun dalam bidang seni dan penyiaran secara aktif,di samping penglibatan giat dalam bidang nasyid.Mungkin langkah-langkah awal ada sumbangnya,namun perlu dihargai seperti penghasilan filem Ayat-Ayat Cinta,Ketika Cinta Bertasbih,dan karya tempatan Cinta Sempurna.Memetik kata-kata Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah,antara pengasas PKS Indonesia


Kita perlukan sekian banyak jurnalis,sekian editor,sekian penyiar radio,penyiar televisyen,sekian banyak tenaga ahli...
Dalam kemeriahan budaya balik kampung dan bermaaf-maafan sempena Syawal ini,marilah kita menjadi kiambang yang bertaut kembali,hatta biduk mahupun tsunami yang membadai agar ummah ini kembali mempunyai izzah,dihormati tidak lagi dihina keji.