Blog Action Day 2010:Water



'Ruginya kamu tak ambil medic,boleh juga khidmat untuk umat.Ini bidang kimia,apa khidmat kamu boleh buat untuk agama?'duga seorang pakcik tabligh usai taklim ba'da Asar.

'Tak kalah penemuduga JPA gayanya ,'bisik hati sambil tersenyum mengambil jeda menyusun kata.
'Pakcik,AIR yang guna untuk wudu' itu bahan kimia.Di zaman krisis air,pencemaran air beginilah bakal saintis (baca:insya Allah) seperti saya perlu mencari alternatif dan penyelesaian masalah sebegini.'

'Jangan lupa kaji bab makanan halal,kimia juga,'tambah seorang lagi pakcik tabligh seorang bekas guru.

Secangkir Air:Untuk Kita & Saudara Kita
Saban pagi,kita membuka kepala paip yangmengalirkan air bersih,menyucikan dan membersihkan diri. Saban hari,kita punya cukup air untuk minuman,masakan dan air basuhan.Pernah kita rasakan azab mencari air di tengah kegencaran perang di bumi Palestina,atau kedaifan hidup nun di Afrika?

Bukan sahaja pencemaran yang memusnahkan punca air bersih,bahkan taktik kotor peperangan jua membawa pada pabila Yahudi laknatullah menyekat bahkan meracun sumber air Palestin!

Must-Do List For Us
1)Sign petition on the banner below as a sign that we are aware on this subject matter…








Petitions by Change.org|Start a Petition »
2)Involve in various kind of fundraising activities ,especially for those who are in trouble due to war like Palestine or caused by natural disaster such as Pakistan which has limited access to clean water.

3)Awareness begins at home ! Start saving your water usage and spread the message to your family members and friends.

4)Instead of crapping on your facebook/twitter/blog, make use of it by writing something that create awareness and thoughtful in conjunction of Blog Action Day.



Blog Action Day 2010: Water from Blog Action Day on Vimeo.


5)Do it yourself,if you have fascinating ideas and willing to make it to become a reality.Life is too short to be wasted,so make it worthwhile for fighting for a cause.
Then which of the Blessings of your Lord will you both(jinn and men) deny?

This community service message is brought to you in conjunction of Blog Action Day.Khairunnas anfa'ahum linnas,the best person is the person who benefited the others

2:Surat Hasan Al-Banna Kepada Pelajar Muslim Di Barat



Jika bahagian pertama surat As-Syahid Hasan Al-Banna banyak mengingatkan perihal ibadat dan syariat, bahagian kedua ini pula lebih banyak menyentuh aspek sosial dan muamalat buat si perantau
7)Jangan jadikan gadis-gadis di kalangan mereka sebagai penemanmu.Dan janganlah membuat apa-apa hubungan istimewa berkaitan emosi.Jika hubungan ini adalah satu perkara yang boleh mendatangkan dosa apatah lagi kepada dirimu dosa itu adalah 2 kali ganda bebannya kepadamu disebabkan kamu lebih tahu tentang makna hubungan seperti itu.Walaupun kamu telah sedia aku kenali sebagai seorang yang amanah,soapan dan boleh dipercayai,pesanan ini aku sampaikan adalah sebagai panduan supaya kamu lebih berwaspada terhadap dosa-dosa dan janganlah sesekali tergelincir ke dalamnya.




8)Alkohol pula,janganlah kamu cuba mendekatinya,janganlah gunakan apa-apa pun alasan seperti keadaan cuaca dan sebagainya untuk menghalalkannya.Hal ini kerana,apabila Allah mengharamkan sesuatu perkara,Dia telah mengetahui dengan sepenuhnya apa baik buruk perkara tersebut tanpa membezabezakan pengharamannya kepada negara-negara,bangsa mahupun kaum-kaum tertentu.Allah telah melarangnya,jadi janganlah timbul apa-apa keraguan lagi.Oleh itu,berhati-hatilah supaya arak dan perkara yang diharamkan Allah tidak mencemarkan hati dan isi perutmu yang suci murni.
Berazamlah dan fikirlah sedalam-dalamnya sebelum kamu meneguk arak yang pertama.Hal ini
kerana ia akan diikuti dengan tegukan kedua,ketiga dan seterusnya.Keadaannya sama seperti apabila kamu jatuh ke dalam sebuah lombong yang sangat dalam dan sukar bagi kamu untuk keluar semula. Kemudiannya,jika kamu menyesal dengan perbuatan kamu itu pada kemudian hari,kamu masih tetap bukan berada pada tahap kesucian dan kredibilitimu yang asal.

1:Surat Hasan Al-Banna Kepada Pelajar Muslim Di Barat


Selamat tinggal September,selamat tinggal Malaysia!
Barangkali itulah ucapan sebahagian besar ahli CIA sesi 2008-2010 yang telah pun menjejakkan kaki di bumi UK berkelana menuntut ilmu.Di samping doa yang kami hulurkan,sedikit 'ole-ole' buat kalian... mutiara hikmah As-Syahid Hasan Al-Banna kepada pelajarnya yang juga menuntut di Barat dari buku biografinya terbitan DBP,2010


Saudara seIslamku,tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T.Segala selawat serta salam kepada Rasulullah S.A.W yang diturunkan oleh-Nya sebagai rahmat bagi seluruh alam,kepada sahabat-sahabat baginda,keluarga baginda dan kepada semua yang berpegang teguh pada syariat-Nya sehingga hari kiamat.
            Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu dan merahmatimu sepanjang perjalananmu di rantau orang apabila kamu belajar kerana niat ikhlasmu itu dan semoga kamu kembali dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan umat.
            Saudaraku,kamu akan bergaul dengan mereka yang kamu tidak kenal sebelum ini tentang sikap mereka.Dirimu itu boleh menjadi contoh gambaran seorang Muslim kepada mereka.Jadi,pastikan bahawa kamu boleh membawa imej yang terbaik bagi menggambarkan Islam sebagai satu jalan bagi mereka untuk memahami dunia Islam.
            Bersama kamu ialah satu amanah yang berharga.Ia ialah isterimu,hargai ia.Dia boleh menjadi temanmu yang amanah.Sediakanlah kepadanya kehidupan yang bahagia dan selesa.Berkongsilah segala kebahagiaan dengannya,jangan cuaikan tanggungjawab kamu kepadanya dan sempurnakanlah hidupnya dengan menjalankan segala tanggungjawabmu itu.Bacalah bingkisan kata-kataku ini sebagai tanda kasih sayangku kepadamu,tanda kasih sebagai seorang abang yang mengharapkan kebahagian hidup kepada adik-adiknya.


1)Saudaraku,sempurnakanlah segala urusanmu dengan Allah sebaik-baiknya.Fahamilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu dan mengawasimu walaupun di mana sahaja kamu berada.Dia sesungguhnya tahu apa yang kau lihat dengan matamu dan apa yang terlintas di dalam hatimu iu.Berusahalah supaya Allah 'tidak melihatmu' kecuali hanya apabila Dia gembira melihatmu.
           Jangan sekali-kali kau lupakan Tuhan yang sentiasa memerhatikanmu,jika kamu melakukan sedemikian nescaya syaitan akanmudah mempengaruhimu dengan bisikan-bisikannya itu.Percayalah saudaraku,apabila hati ini sentiasa menyedari diri di bawahpemerhatian Allah,maka hati ini tidak akan dipengaruhi oleh syaitan.
            Walau bagaimanapun,sekali ia telah melupakan tentang pengawasan Allah,syaitan akan dengan begitu mudah mendekatimudengan segala macam godaan.Oleh itu,kukuhkanlah hatimu dengan selalu mengingatkan dirimu bahawa Allah sentiasa memerhatikanmu dan kukuhkanlah jati dirimu itu walaupun kau berada dalam kalangan mereka yang lalai dan leka.


2)Laksanakanlah segala suruhan Allah yang diwajibkan kepadamu.Jangan sesekali mengabaikan perintah-Nya atau kamu melengah-lengahkannya semata-mata dengan alasan kamu sibuk atau dengan apa pun alasan.Ini semua hanyalah penipuan kepada dirimu sendiri.
            Fahamilah juga wahai saudaraku yang dikasihi bahawa tiada siapa yang lebih dekat dengan Allah dan dicintai oleh-Nya melainkan mereka yang patuh kepada kewajipan yang diarahkan -Nya sebagaimana yang tersebut dalam hadis al-Bukhari.Oleh itu,insafilah dirimu supaya tidak mengabaikan semua kewajipanmu itu dan janganlah malas untuk menunaikannya,di situ hak Allah terhadapmu. Teguhkanlah solatmu dan sempurnakanlah puasamu.





            Berpuasa dengan susah payah di negara Barat adalah satu aset yang berguna kepada akaun dirimu,ia sebenarnya satu pekara yang disukai oeh Tuhanmu dan wajar pada dirimu.Jadi,janganlah cuba memecahkan puasamu walaupun kamu tidak dapat menyempurnakannya.Aku tidak berniat menasihatimu panjang lebar kerana itu semua adalah kewajipanmu yang akan menjadi modalmu untuk menghadapi akhirat.Cubalah kamu bayangkan jika seseorang modalnya pada perkara yang sia-sia apakah yang akan terjadi kepada pelabur-pelabur?Begitulah analoginya.