Krismas & Kita


Kalau mahu bertanya soal hukum sambut Krismas,ucap Merry Christmas,adalah lebih afdal merujuk kepada pakar seperti Ustaz Zaharuddin,Ustaz Hasrizal,paling mudah tanya JAKIM terus.


Dakwah Musim Krismas
Modal itu ada,tetapi memikirkan tulisan mengenainya lebih banyak menarik kontroversi daripada manfaat, saya tangguhkan hasrat saya bercerita mengenai Krismas sebagai modal dakwah kepada rakan Kristian kita.
Mungkin,sebagai permulaan kita boleh bertanya kepada rakan Kristian kita mengenai Jesus(Nabi Isa a.s) menurut Kristian,selepas itu kita menerangkan pula pandangan Islam mengenai Jesus(Nabi Isa a.s).Cuma saya terjumpa sesuatu yang 'istimewa' di Wikipedia mengenai tarikh 25 Disember...

Do you see what I see?Do you think what I think?
Khabar Seantero Blog
Pakar astronomi kita,saudara Mahathir melaporkan fenomena Meteor Shower yang beliau saksikan baru- baru ini.Beliaudi blognya(baca penuh di sini)
Aku pagi-pagi buta 15 hb, 2.00 AM keluar rumah. Kepala pusing sana pusing sini. Ditemani ayah. Sampai 3.00 AM sebab kesian ayah tunggu dan nyamuk banyak. Alhamdulillah dalam lebih kurang 1 jam walaupun dalam pencemaran pencahayaan lampu elektrik, dapat nampak dalam 8 macam tu.
Manakala Mr. President Student Council yang disayangi,saudara Izzat Ismail sedikit sebanyak menganalisis keadaan pelajar A Level di Cempaka dibanding dengan keadaan pelajar A Level KYUEM dan bakal-bakal guru di IPGM.

Oh!Berita ini sekadar pengubat kebosanan cuti =)

Doa & Harapan Maal Hijrah 1431H


Kemas Kini 2:Tahniah buat Tan Sri Dr. Yusuf Mohd. Noor dan Dr. Yusuf Al-Qaradawi kerana terpilih menjadi tokoh Maal Hijrah 1431H daripada kerajaan Malaysia.

Kemas Kini 1:Orang kata,berkat awal Muharam bola sepak Malaysia menang pingat emas Sukan SEA...


Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah
Untuk memudahkan anda,sila muat turun di sini[kalau nak tulis di sini takut panjang sangat...].Untuk audio learners,anda boleh tonton videonya di blog Tanyalah Ustaz.

Perutusan Maal Hijrah Cempaka Islamic Association
Penulis:Hamba Allah

Assalamualaikum sahabat-sahabat seperjuangan sekalian,
Pertama sekali,selamat menikmati saki-baki cuti yang bakal melabuhkan tirai dalam beberapa hari saja lagi.Pejam celik kita dah sampai ke penghujung tahun hijrah mahupun masihi.Bercakap mengenai tahun baru
hijrah,pada 18 Disember ini kita bakal melangkah masuk 1 Muharram 1431H.
Duhai sahabat-sahabatku yang bijaksana,apakah tema sambutan Maal Hijrah kali ini?

‘Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah’
Tema ini sejajar dengan gagasan 1Malaysia saranan Dato' Seri Najib Tun Razak,bahkan bertepatan dengan slogan 1Cempaka anjuran pengasas Cempaka Schools,Datin Frieda Pilus.

Atas semangat tema itu, kita bukan sahaja perlu mengukuhkan silaturahim sesama kita,bahkan meluaskan networking dengan pelajar Cempaka Schools yang lain khususnya rakan-rakan Non-muslim kita.Islam tidak pernah melarang interaksi antara Muslim dengan Non-muslim,bahkan menggalakkannya atas tujuan dakwah selagi tidak melanggar batasan syarak.Hal ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 12:
Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari laki-laki dan perempuan, dan Kami menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian adalah orang yang paling bertaqwa di sisi Allah.
O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise (each other). Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things).

Sesungguhnya,perpindahan fizikal dalam konteks makna literal HIJRAH hanya berlaku 1431 tahun yang lalu, menerusi perpindahan Nabi Muhammada S.A.W beserta para sahabat ke Yathrib yang kita kenali Madinah kini.Seperti lirik lagu tema Maal Hijrah yang dikumandangkan saban tahun...




Lagu Tema Maal Hijrah
Hijrah Itu Pengorbanan,pengorbanan kita berjauhan dengan keluarga menuntut ilmu di tempat orang untuk pembangunan ummah.

Hijrah Itu Perjuangan,berjuang melawan nafsu,rintangan dan halangan yang menghalang kejayaan kita bersama.

Hijrah Itu Persaudaraan,Cempaka jadi saksi,kita bertemu kerana menuntut ilmu di jalan Allah,kiranya kita berpisah dalam reda-Nya jua

Hijrah Membentuk Perpaduan,baik bidang sains mahupun bioteknologi arah tuju masing-masing,matlamatnya satu,untuk ISLAM!


Akhir kalam,saya ingin memohon maaf andai terkhilaf di sana sini.Perkara yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu juga daripada Allah tetapi disabitkan kepada diri saya.

Salam Maal Hijrah dan jangan lupa buat homework!!!

Mengenali Comparative Religion


Comparative Religion?

Tak pernah dengar,kan?Itulah yang disebut sebagai ilmu perbandingan antara agama,yang telah melahirkan tokoh sehebat Syeikh Ahmad Deedat dan yang sedang meningkat,Dr. Zakir Naik.

Pada 30-31 Oktober dan juga 14-15 November lepas,C.I.A tidak ketinggalan menghantar skuad Terjah! wakil mengikuti 2 bengkel mengenai Comparative Religion.

Kursus Pengkaderan Pendakwah

Tarikh     :30-31/10/2009
Tempat   :Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM),Bangi.
Wakil     :Penulis,Wan Aiman,Zulfahdli

1)Kursus anjuran JAWI ini dikendalikan oleh Ustaz Abdullah Din berkisar:
  •                Asas Bible=guna Bible untuk rujukan
  •                Asas Kristian = tahu 5 'rukun iman' Kristian
  •                Sejarah Kristian = Memahami punca penyelewengan pada ajaran Nabi Isa a.s
  2)Upacara penutup dirasmikan oleh Penolong Pengarah ILIM,Ustaz Zamihan dengan ucapan bertajuk Motivasi Buat Pendakwah

Bengkel Ya,Saya Seorang Muslim @ Modern Daie(Friendly Comparative Religion Phase 1)
Tarikh     :14-15/11/2009
Tempat   :Multimedia University(MMU),Cyberjaya.

Wakil     :Penulis,Zulfahdli,Aniza,Fatin


1) Bengkel ini anjuran bersama Institusi Usrah MMU dan Islamic Information & Service Foundation(IIS) menggunakan sepenuhnya modul Friendly Comparative Religion(FCR) Phase 1 milik IIS.

Dari Kiri:En.Yussamir,En. Shah Kirit,En. Yusuf,En. Raja Zahir
2)Selain daripada 'refresh' bab Kristianiti,modul ini juga melibatkan pengenalan kepada Hinduism, Kepercayaan Cina dan Memahami Mualaf.
3)Tak lupa juga pada slot  mengenai Kepentingan Dakwah serta Salah Tanggapan Terhadap Islam.Selain itu, slot Al-Quran & Sains amat berguna sebagai hujah logik mendukung kebenaran Islam.

Sekian Laporan Aktiviti Seputar Oktober-November,Wallahua'lam.

Haramkah?


Untuk pemanas badan tangan penulis blog ini,tazkirah pertama di blog ini hanyalah sebuah lagu...



Haramkah(Melly Goeslaw,OST Ketika Cinta Bertasbih 2)
Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta 

Haramkah Cinta? 
Cinta jadi haram kalau hanya kelucahan dan syahwat semata.
Cinta jadi haram jika hanya berseronok tanpa ikatan tanggungjawab.
Cinta jadi haram tika meneguknya di jalan yang dimurkai Allah.


Carilah cinta di gerbang nikah =).Orang kata,berangan hendak kahwin lebih baik daripada couple!

Koleksi Muat Turun


Ebook(PDF)

Audio & Video

Lain-Lain

Penerbitan C.I.A(akan datang)