Dari UK Terbang Ke mALaysIA :)
Catatan C.I.A
semoga semuanya berada dalam keadaan sihat waalfiat
beserta
limpah kurnia Nya
♥ ♥ ♥ ♥
rata-rata yang sedang sibuk bersiap-siap untuk berdepan dengan peperiksaan besar
bagi adik-adik yang bakal menduduki AS/A2 exam yang akan menghadirkan diri tak lama lagi, ana ucapkan "selamat berjaya"
studi elok2...
yang penting itu USAHA
kerana
ALLAH menilai sesuatu itu pada usaha seseorang itu
bukan pada hasilnya
Dalam da'wah juga sebegitu prinsipnya,
Allah tidak menilai berapa ramai boleh kita bawa orang lain untuk dekat pada Pencipta,
tapi
yang Allah pasti lihat adalah usaha kita yang bersungguh-sungguh,
komitmen kita mencapai matlamat,
dan
sudah pastinya istiqamah menjadi pengukur utama.
Allah tidak menilai berapa besarkah amalan kita, tapi yang dinilai adalah istiqamah dalam beramal, biarpun hanya kecil amalan itu nilainya, tapi dengan istiqamah, ianya besar sungguh disisi Allah!
Talbis Iblis 1:Minah Tudung Berfesyen
Catatan C.I.A
Mana satu pilihan hati anda?Inikah si dia...
Atau si gadis bertudung putih...
Komen Baba Ali?
Tepuk dada,tanyalah iman anda ^_^
Arabic 101:33 Daily Arabic Phrases
Catatan C.I.A
Sinergi Untuk April Fool
Catatan C.I.A
Adakah saya sedang menggalakkan April Fool?
Tidak!Saya sedang ingin mengulas novel Sinergi.
Jika Kang Abik pakar novel cinta Islami a.k.a HAMKA moden,Faisal Tehrani terkenal dengan tema sejarah dan 'orang tertindas',tak silap jika saya mengatakan Hilal Asyraf sebati dengan tema ukhuwah.
Yang Klise
Saya memahami kegemaran beliau bermain dengan tema ukhuwah.Namun,jalan cerita novel-novel beliau hampir mudah diteka.Ukhuwah terjalin > Ukhuwah Diuji > Peleraian.Watak antagonis dalam novel beliau sering ditonjolkan sebagai orang yang mempunyai kepintaran/bakat , mempunyai sejarah hitam dengan watak protagonis [tetapi tak semestinya menjadi kelemahan beliau] .
Yang Luar Biasa
Beliau bermula dengan novel 'jantan' VT,tanpa satu pun watak wanita.Cuba menyelitkan unsur thriller dan cinta dalam novel Terasing.Kini,novel Sinergi menggabungkan unsur keimanan,dakwah,thriller,cinta,ukhuwah, Jordan dan mahasiswa...secukup rasa!
Novel ini telah berjaya mem'bumi'kan tagline di kulit depannya.Dengan bantuan latar kehidupan mahasiswa di Jordan telah banyak menunjukkan contoh-contoh realiti kehidupan berasaskan keimanan.Contoh yang dekat dengan kehidupan kita yang bergelar pelajar/mahasiswa.Di samping itu,beliau telah menunjukkan beberapa cara dakwah(dan juga perihal Baitul Muslim) yang efektif buat yang bergelar dai'e.Keimanan adalah Paksi
Rencah Yang Boleh Ditambah
Novel ini menjadi manual untuk pelajar yang berminat menyambung pelajaran ke Jordan.Di bahagian lampiran,anda akan menemui foto-foto tempat di Jordan yang terkandung dalam novel ini.Pada hemat saya, mungkin foto-foto ini lebih sesuai diletakkan di bahagian cerita itu sendiri untuk impak yang lebih buat pembaca(mungkin ini perlu kepada kreativiti editor,penulis dan pereka cetak novel)
Pengubat Mentaliti April Fool
Novel ini bukan sekadar melaungkan slogan 'Keimanan adalah Paksi' yang biasa-biasa sahaja.Ia memberi penawar kepada mentaliti cinta = seks ajaran lebai Hollywood dan dakwah = tabligh + ustaz fahaman masyarakat umum.Ia cuba membasmi mentaliti April Fool yang berpaksikan Barat.