Otak Muzik Jiwa Daie



Sebenarnya,apa hukum muzik dan alat muzik bertali seperti gitar dalam Islam?
Pertanyan mengenai hukum sebegini saya sikapi dengan hati-hati,apatah lagi melibatkan isu kontemporari seperti muzik.Memandangkan saya bukan ahli bidang ini,saya kongsi makalah Ustaz Hasrizal mengenai hukum muzik dan alat muzik menurut Islam di sini.

Bahasa Jiwa 
Apakah genre halwa telinga anda?

Baik nasyid,balada,hip hop mahupun rock,besar pengaruhnya terhadap jiwa anda.Buktinya,Al Farabi seorang sarjana Islam telah menulis secara khusus mengenai muzik dalam kitabnya Al-Musiqa manakala kitab Meaning of Intellects mengupas lanjut mengenai terapi muzik.Bagai irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan,begitu jugalah sifat muzik dengan jiwa manusia.

Sekeras irama rock bisa menjadikan hati anda sekering rockers(walaupun boleh cair dilanda gelombang cinta) .Apatah lagi jika lagu yang didengar bersulam kata kesat dan lucah.Tidak hairanlah ada pihak tertentu sanggup menyelitkan unsur negatif dalam lagu tanpa kita sedari.Alangkah molek sekiranya irama moden yang rancak dihias lirik yang sederhana namun bermanfaat seperti ini...





Dakwah Di Luar Kotak
Sebelum ini nasyid mendominasi cabang dakwah menerusi seni suara,kini sudah muncul artis-artis yang menerima kesedaran Islam lalu menghasilkan album berbentuk kerohanian.Gelombang yang tercetus di negara tetangga Indonesia sudah dirasai riaknya di Malaysia,antaranya Dato' Siti Nurhaliza menerusi album Tahajud Cinta.

Jika nasyid berjaya memancing minat pendengar yang kebanyakannya berlatar belakang agama,usaha sebegini oleh artis-artis lain mampu meluaskan skop dakwah kepada peminat genre muzik lain.Hip hop sudah berbangga dengan Alhamdulillah,kini peminat muzik pop boleh mengharapkan Ungu dan Wali Band. Kumpulan nasyid tempatan juga berevolusi dengan membawa lagu nasyid dalam bahasa Tamil dan Mandarin,tak lupa juga penyanyi seperti Sami Yusuf dan Maher Zain dalam medium bahasa Inggeris.

Biarpun berlainan pentas dan bahasa,suburlah dakwah di arena seni suara menyentuh jiwa manusia.

40 Hadis Penawar Hati:Keadaan Akhirat


 Alhamdulillah,kita berkesempatan mengikuti kuliah 40 Hadis Penawar Hati oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam di Masjid Al-Mukaramah Bandar Sri Damansara.Di sini kita perturunkan beberapa hadis buat santapan rohani pengunjung blog ini yang saya kasihi.

1)Berenang Dalam Lautan Peluh(Download MP3)
Daripada Ibnu Umar R.anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Seluruh manusia akan berdiri di hadapan Tuhan Pencipta Alam ini(pada hari Kiamat nanti),sehingga salah seorang di antara mereka ada yang akan tenggelam di dalam peluhnya sendiri sampai ke pertengahan telinganya.(Riwayat Bukhari & Muslim)

Pengajaran Hadis:
-Ketika dibangkitkan pada hari Kiamat kelak serta dihimpun di padang Mahsyar,suasana teramat panas umpama matahari berada sejengkal di atas kepala hingga ada yang tenggelam dalam peluh sendiri.

-Menurut ulama',ada 15 macam keadaan orang yang dihimpun di padang Mahsyar,ada yang hanya berpeluh hingga ke paras tumit,separas lutut,ada yang separas pinggang,separas tengkuk dan ada juga yang berenang dalam lautan peluh semuanya berdasarkan amalan masing-masing di dunia.

-Beruntunglah sesiapa yang mendapat lindungi Arasy pada hari yang tiada perlindungan ini,iaitu 7 golongan yang disebut dalam sebuah hadis.Mereka ialah pemimpin yang adil,pemuda yang rajin beribadah,orang yan hatinya tertaut pada masjid,orang yang bersahabat kerana Allah,orang yang digoda untuk berzina tetapi ia menahan diri,orang yang bersedekah dan orang yang mengalir air mata kerana takut kepada Allah S.W.T.

Talbis Iblis 3:Subuh Dinosaur



Astaghfirullah,aku bangun lambat!
Adakah anda penutur kalimat kesedaran di atas?Atau ayat kehampaan di bawah...
Pukul 7!Ala,awal lagi bro...
Bangunan Bertiang Rapuh
Kita Muslim yang baik.Masih ingat solat puasanya.Masih menjaga batas-batas agama.Cuma satu...

...melengahkan solat.

Sentiasa mengingatkan diri,bahawa detik seterusnya untuk kita bernafas belum pasti hadir.Jadikan tidur anda ibadah,bukan penambah dosa yang sering tak diendah.




testi.iluvislam.com

Suka Duka Fiqh Perantau 2010


Menatap wajah-wajah rakan usai program Fiqh Perantau 2010,jelas terpancar riak gembira dan puas hati

Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Ilahi,kerana perancangan-Nya yang mengatasi perancangan manusia,tarikh 2 Mei mencatat sejarah di Madrasah Al-Hidayah Taman Koperasi Cuepacs  berlangsungnya program Fiqh Perantau anjuran C.I.A menampilkan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang terkenal dengan gelar Ustaz Cinta.

Menganjak Paradigma Memperbetul Ibadah
Jika selama ini kami hanya menjadi pengunjung blog,pembaca buku tulisannya atau sekadar pendengar rakaman ceramah beliau,kini Ustaz Hasrizal berceramah secara live di hadapan kami!

Sebelum berjinak-jinak dengan perbahasan 1001 hukum fiqh,Ustaz Hasrizal dengan santai mengupas isu  Syariatullah vs. Sunnatullah subjek kepakaran beliau.Kami disedarkan betapa mengasingkan ilmu sains dari Islam tidak lebih merupakan satu bentuk sekularisme yang selama ini hanya difahami sebagai pengasingan agama dari aspek kehidupan yang lain.Contoh dan kecindan yang beliau gunakan menambat hati kami, terutamanya analogi kebun jagung Pak Haji dan Ah Chong.

Perbahasan fiqh dimulai dengan memahami kronologi hukum disaring oleh ulama secara input,proses & output agar tidak keliru perbezaan pendapat ulama' dan berlapang dada atas khilaf dalam masalah hukum.Selepas itu barulah kami didedahkan dengan persoalan taharah(bersuci) , solat, puasa, makanan serta nikah.

Semoga penganjuran Fiqh Perantau 2010 memberi manfaat kepada semua,khususnya senior 2009/2010 yang bakal terbang ke bumi UK September ini.

Sebalik Tabir,Sejambak Penghargaan

Jazakumullah saya ucapkan untuk Ustaz Hasrizal yang sudi bertandang ke majlis kami yang sederhana, meninggalkan anak dan isteri di rumah di hujung minggu.Tak lupa juga kepada ahli jawatankuasa Madrasah Al-Hidayah Taman Koperasi Cuepacs atas kebenaran kami menganjurkan majlis.


Untuk Ustazah Siti Najwa,En. Wan Zakaria,Pn. Ranofla Dianti Irwan serta penaja-penaja lain,atas sumbangan dan kerjasama anda menjayakan majlis ini..Bagi menjawab pantun Ustaz...
Tenang-tenang air di muara
Sampan kolek mudik ke tanjung
Suka duka hamba bercerita
Budi tuan rasa nak junjung 

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Habis program amatlah cepat
Tahun depan boleh jemput ustaz lagi?

Talbis Iblis 2:Siapa Nak Ponteng?


Bangun pagi hari Isnin sesuatu yang berat,Monday Blues...

Alahai perasaan...rupanya ilham syaitan!

Ponteng Berbuah Rezeki Haram
Bagi yang bekerja,ingatlah perbuatan ponteng itu umpama mendapat gaji buta.Ke mana mengalirnya gaji anda kalau bukan mengisi perut sehari-hari,perut sendiri dan anak bini.Dari rezeki yang berperisa haram itulah anak-anak kita membesar.Mungkinkah ini salah satu punca masalah sosial?

Buat yang masih bergelar penuntut ilmu,baik di sekolah mahupun IPT,janganlah dek kerana nafsu P.O.N.T.E.N.G anda meninggalkan kelas dan kuliah.Tahukah anda sedang meninggalkan 1 sunnah Nabi? Nabi  S.A.W mengajar para sahabat menerusi kuliah,seperti yang anda hadiri sekarang ini.

Mahukah anda terjerumus dalam mainan syaitan?