Dia Gadis Bertudung Merah...


 


Klik sini untuk mengenali si gadis bertudung merah...

Gerhana Itu Sunnatullah


Subhanallah!

Tak sampai sebulan,gerhana berlaku lagi.Jika malam Jumaat 1 Januari menjadi saksi gerhana bulan separa,petang Jumaat 15 Januari pula gerhana matahari separa bertandang ke langit Malaysia.Memetik kata-kata bakal ahli astronomi kita,Saudara Mahathir gerhana ialah sunnatullah yang berlaku setiap 6 bulan sekali.Anda boleh saksikan lebih banyak foto fasa-fasa gerhana di portal Falak Online.



Fenomena gerhana merupakan salah satu tanda kebesaran Allah mengatasi peristiwa sejadah berdiri!Di balik tuntutan supaya kita mengkaji fenomena alam sebegini secara serius dan saintifik,Islam memurnikannya  dengan pertalian aqidah bahawa kejadian sebegini merupakan tanda kewujudan Allah selaku Pencipta dan Pemelihara  alam.Pelengkapnya,ianya harus disambut dengan ibadah seperti bertasbih mengingati Allah dan bersolat sunat.Semalam,sempatkah anda menunaikan solat sunat gerhana?

'Gerhana' Masyarakat Siapa Yang Sedar?
Alam Nusantara pernah menyaksikan kebangkitan Kesultanan/Kerajaan Islam bermula di Perlak membawa ke Melayu-Melaka,Acheh,hinggalah yang terakhir Johor-Riau.Sejarawan pernah mengungkap barang siapa yang memerintah Melaka bisa mencekik pelabuhan Venice di Itali!



Umat Islamlah kunci ekonomi,nadi keilmuan,bangsa bertamadun di Nusantara ketika itu.Maka berlangsunglah sunnatullah ke atas kita,5 abad dicengkam pelbagai ragam penjajah dengan propaganda yang melemahkan masyarakat Melayu-Islam khususnya.50 tahun merdeka kita yang merasa kesannya.

Kerana seorang Natrah,Melayu-Islam bangkit menentang British.Kini murtad di sana-sini hingga tak siapa peduli.

Dahulu perkara 18SX hak milik orang dewasa yang sudah berumah tangga,kini budak kecil pun mencarut 18SX!

Gagalkah Dasar Pendidikan Negara yang diguna pakai 50 tahun merdeka ini?Salahkah DEB kalau inilah generasi pelapis yang dihasilkannya?

Gerhana bulan dan mentari bisa berakhir,bilakah berakhirnya gerhana umat kita?

Allah...Selamat(kah) Tahun Baru!


1 Muharam 1431H menyaksikan dilema bola sepak vs. doa tahun baru(kalaupun sedar/tahu tahun hijrah...).

Ambang tahun 2010 masih terisi dengan pesta muda-mudi,terlupa muram 2005 memperingati tsunami.

Namun semua itu tidak sensasi dibanding dengan NAMA ALLAH,mahu ditumpang tui oleh The Herald Catholic.Arakian bertambahlah peribahasa Melayu yang sedia kaya itu,

Marahkan mahkamah,gereja dibakar!

Aqidah Tak Mengakar,Akhlaq Makin Parah
Puluhan ulama' dan ustaz telah bersuara,tak lupa juga blogger di alam maya.Keadaan bukan semakin baik, bahkan lebih buruk daripada implikasi keputusan mahkamah itu sendiri!

Isu aqidah bermetamorfosis menjadi isu politk.

Isu aqidah menjadi sumbu sentimen perkauman.

Jangan kita lupa,bertahun-tahun sebelum The Herald Catholic menuntut nama Allah,telah mucul kes-kes murtad.Apa yang lebih menyedihkan,akibat tuntutan ini 3 gereja dibakar semalam.Adakah si 'pengebom' ini tahu beza Kristian Katolik dan Protestan?Pasti benarkah dia bahawa gereja yang dibakarnya menyokong tindakan The Herald Catholic itu?

Ingatlah bahawa 1 jari menuding orang lain,4 jari yang lain menuding kembali ke arah kita.Salahkah permohonan The Herald Catholic itu sedangkan pendidikan agama anak-anak muda kita abaikan?Salahkah orang menggelar Muslim sebagai ekstremis tatkala begini reaksi yang kita tunjukkan kepada Non-Muslim?

Kita sudah 'KO' dalam bab mempertahankan aqidah,terus koma pabila berhadapan dengan isu akhlaq.

Pendirian Saya?
Cukuplah jika saya menyuakan beberapa rujukan di sini seperti Ustaz Zaharuddin,Ustaz Hasrizal dan Ustaz Farid Rashidi .Serahkan pada yang pakar...

Di balik isu aqidah yang ribut ini,ada isu yang sama penting untuk kita tangani.Akhlaq dan adab yang sirna...