Terasing:Manusia Yang Bukan Malaikat
Catatan C.I.A
Takkan budak sekolah agama pun tak tahu benda simple ni...
Hmmm...ada je ustaz rogol anak dara orang,ustazah pun bersekedudukan
Apa pula pandangan anda,jika orang-orang ini ialah kawan rapat anda?
Novel Terasing:Pengubat Ukhuwah
11 tahun Saifullah terpisah dengan Zaman.11 tahun yang mengubah Saifullah dan Zaman.
Saifullah berjawatan pensyarah,Zaman belum pasti pekerjaannya.Tiba-tiba cubaan bunuh ke atas Saifullah mengheret diri dan keluarganya ke kancah jenayah kongsi gelap. Misteri kemunculan semula Zaman bersimpul cubaan-cubaan berbahaya ke atas Saifullah dan keluarga melorongkan mereka kepada kisah 2 insan,yang terasing...(nak tahu kena baca sendiri)
Jika Kang Abik begitu arif dalam tema cinta Islamik,Hilal Asyraf begitu sinonim dengan tema ukhuwah Islamiyah.
Manusia-Manusia Dalam Terasing
Saifullah,Senior,Zaman,Amiri dan Khairul dari rumpun pendidikan yang sama.Usai pengajian di MATRA, mereka membawa haluan masing-masing membentuk 4 watak manusia yang signifikan.
1)Saifullah & Senior
Manusia baik dan menjadi daie.Mereka percaya pada pendekatan hikmah,mengajak manusia mengenal Allah. Namun mereka diuji,adakah mereka mampu membugarkan ukhuwah yang terjalin antara mereka,Amiri dan Zaman ataupun berpisah dengan fahaman masing-masing.2)Amiri
Seorang pendiam,namun sang strategis yang mengetuai unit perisikan khas negara.Dalam diam,beliau seorang yang tegas sesuai dengan peranan sebagai anggota unit pertahanan negara.Dalam diam tegas beliau,ada kelembutan yang mengejutkan anda dalam novel ini.3)Zaman
Watak manusia baik tetapi keliru arah tuju,gara-gara cinta yang tak bersambut.Dalam patah hati,beliau dipulau rakan sendiri,sealiran menuntut ilmu agama dengan beliau di Maghribi.Sambil membawa hati yang lara, beliau bergabung dengan ketua kongsi gelap Jepun cawangan Malaysia yang genius,iaitu... 4)Khairul
Dia hanya muncul di hujung cerita,namun watak beliaulah punca Terasing ini bermula dan berakhir. Kesempatan menuntut di MATRA belum berupaya melorongkan hidayah ke hatinya,bahkan mencoret sejarah hitam antaranya dengan Saifullah.Bisakah ukhuwah meleraikannya? Mereka Manusia Seperti Kita,Bukan Malaikat
Manusia dalam bahasa Arab dipanggil insan.Insan ialah kata yang terbit daripada kata nasiun > nis-yan yang bermaksud L.U.P.A
Status pelajar agama,budak sekolah agama tak menjadikan mereka maksum seperti Nabi dan suci seperti Malaikat.Mereka juga tergelincir,tertipu dengan nafsu dan syaitan sepertimana Saifullah & Senior yang terpedaya dengan Zaman,umpan dipasang oleh Khairul.
Apa tanggungjawab kita?Terus menjadi pemerhati sahaja?Kitalah yang membimbing mereka,menunjukkan jalan untuk mereka berubah.Jangan takut atau malu,kerana anda mampu mengubahnya!
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Akhlaq wa Tasawuf,
Other Perspective,
Tazkirah wa Dakwah
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)