P Ramlee:Di Mana Kan Ku Cari Ganti
Catatan C.I.A
Terlebih dahulu kami mengucapkan tahniah kepada mentor Cempaka Schools,Datin Freida Pilus kerana diamanahkan Kementeria Pelajaran Malaysia sebagai salah seorang anggota Panel Penasihat Pendidikan.
Selain terkenal dengan slogan Mind,Body and Soul,Sekolah Sri Cempaka begitu sinonim dengan aktiviti seni persembahan(performing arts) yang merupakan aktiviti wajib para pelajarnya.Oktober lalu,pihak Astro mengadakan Bulan Memperingati P Ramlee,tokoh seni dan budaya unggul yang pernah dimiliki Nusantara.
Perjuangannya Yang Belum Selesai
Perjalanan seninya bermula sebagai penyanyi sebelum kepelbagaian bakat seninya diasuh dan disuburkan di Shaw Brothers Studio,Singapura.Kepakaran dan minat beliau dalam bidang pengarahan filem begitu dihargai oleh adik beradik Shaw,hingga menimbulkan hasad dan cemburu pengarah-pengarah lain.
Sayangnya bakat besar beliau disia-siakan sekembalinya beliau ke tanah air dan bekerja di Studio Merdeka Kuala Lumpur hinggalah ke hembusan nafas terakhirnya.Cita-citanya untuk menghasilkan filem berwarna arahannya sendiri berkubur bersama ratusan karya ciptaannya yang menjadi hak milik orang.
Pada zaman 50-an membawa ke dekad 70-an,kerjaya sebagai anak seni begitu dipandang serong oleh masyarakat(mungkin hingga mengilhamkan filem Ibu Mertuaku).Persepsi begitu berubah 180 darjah jika ditinjau dari sudut pandangan kini di mana hiburan begitu digilai masyarakat berserta peluang dan kemewahan bagi yang bergelar artis(rancangan agama seperti Imam Muda pun terpaksa meminjam konsep realiti TV).
P Ramlee berusaha mempopularkan muzik dan filem yang bercitra Melayu,begitu terkesan menerusi filem Semerah Padi yang sedikit sebanyak mengetengahkan isu pelaksanaan hukum hudud.Beliau umpama ahli sosiologi melampaui zaman,hingga beberapa adegan filemnya dihubung kait dengan suasana politik semasa. Selain itu,beliau amat berharap seni muzik tradisional disemai kepada anak bangsa agar ianya tidak hilang ditelan zaman,seperti yang telah ketara pada zaman globalisasi dan kerancuan budaya kini.
Dakwah Melalui Seni vs. Seni Dakwah
Islam tidak pernah mengongkong umatnya daripada terlibat dalam bidang kesenian,bahkan agama sendiri mengajarkan bahawa Allah itu Maha Indah dan suka kepada keindahan.Mutakhir ini genre hiburan spiritual atau bercorak kerohanian juga mendapat tempat di hati orang ramai seperti zaman keemasan industri nasyid yang pernah dikecapi dan dipelopori oleh kumpulan Raihan dan Rabbani,kini diteruskan oleh penyanyi aliran kontemporari seperti Ungu,Wali Band,Opick,Yusuf Islam,Sami Yusuf dan Maher Zain.
Harapan Allahyarham P Ramlee perlu disahut oleh golongan pendakwah bagi mendekati orang ramai.Kita berada di era media berperanan besar mencorakkan pola pemikiran masyarakat,dan kita seharusnya tidak ketinggalan apatah lagi dalam bidang kesenian.Sebaris lirik lagu mungkin kurang berilmiah tetapi mampu menggetarkan jiwa jutaan pendengarnya.Sebuah drama atau filem mungkin tidak setanding dengan kuliah agama dan akademik namun berupaya menggugah emosi dan intelek penontonnya umpama filem Ketika Cinta Bertasbih adaptasi novel Kang Abik.
Dakwah itu perlu menyentuh jiwa,dan seni laksana baja jiwa hamba.
Rujukan:Wahai Remaja(Sidek Baba:2007),Ustaz Zaharuddin
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Other Perspective,
Tazkirah wa Dakwah
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)