Secara peribadi,memakai gelaran blogger tidaklah sepopular dan semudah berbanding membuka akaun di pelbagai laman sosial.Rakan maya boleh dikumpulkan secara mudah tanpa perlu dikenali di dunia realiti,dan boleh diabaikan kiranya sudah tidak berkenan dengan laman sosial itu lagi.


Bukan sedikit saya diusik sejak bergelar blogger,bahkan pernah juga dicaci maki.Sebuah blog perlu dikendalikan seumpama membelai seekor kucing malah membela sebuah kereta.Antara perkara yang perlu dibelai dan dibela pada sebuah blog ialah:
  • Content
    Kandungan sama ada tulisan ilmiah mahupun santai,bergambar atau dalam bentuk audio mahupun video.
  • Appearance
    Blog juga memerlukan pakaian(templates/themes) yang cantik,tak lupa juga kosmetik (widgets) penambah seri.
  • Traffic @ Readers
    Blog hilang ciri interaktifnya tanpa pembaca atau pengunjung yang bertandang meninggalkan jejak.Begitu juga blog yang sudah lama tidak dikemas kini.

Erti Sehari 5 Disember
Tanggal 18 Zulhijjah 1430H bersamaan 5 Disember 2009 mencatat sejarah sendiri buat C.I.A kerana pertama kali menerobos alam maya.Dalam keripuhan menguruskan CIA secara realiti, blog ini menjadi salah satu wasilah penyampaian maklumat sekali gus bernilai terapi berbuah pahala buat penyumbang tetap kandungan blog ini.Sedikit sebanyak mengisi makna kepada Hari Sukarelawan Antarabangsa yang jatuh pada tarikh yang sama.
Seputar semangat Hijrah menjelang tahun baru 1432H/2011M yang mendatang,cerminan semangat kesukarelawanan dilihat sekitar peribadi sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang membantu baginda tika di puncak tekanan Musyrikin Makkah yang mahu membunuhnya.Saidina Abu Bakar sanggup menahan kesakitan digigit kala jengking,demi tidak mengganggu istirahat kekasih Allah.Saidina Ali yang begitu belia begitu berani menggantikan Nabi S.A.W di tempat tidur baginda.

Saban tahun kita disajikan kisah-kisah begitu yang bisa menyentak rasa.

Saban tahun kita memasang azam tahun baru yang biasa-biasa.

Pernahkah kita berfikir sejenak,apakah yang menjadikan mereka luar biasa dan mengamalkannya?

Tema Maal Hijrah kali ini “1Malaysia,1Ummah” menuntut umat Islam khususnya di Malaysia agar bekerja ke arah pembentukan umat Islam yang gemilang.Ini tidak akan tercapai dengan hanya terkenang-kenang hijrah Rasul sebaliknya menuruti Islam yang ditunjukkan baginda S.A.W.Moga 1432H menjadikan kita insan yang terbilang bersama semangat hijrah Nabi berpandu kitab-Nya.


Islam Didahulukan,Ukhuwah Diutamakan